Bekas cybertrooper UMNO, Ratu Naga kini dakwa TTKM adalah admin FB Najib Razak

Kuala Lumpur, 21 April : Setelah  mendakwa laman FB TTKM merupakan “cyber trooper baru Najib Razak yang menyokong bekas perdana menteri itu kerana duit”,  kini Ketua Penerangan Wanita Pusat PKR, Syarul Ema Rena atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga mendakwa pula laman FB tersebut merupakan admin kepada FB Najib Razak.

Ratu Naga yang juga merupakan bekas cybertrooper UMNO pada PRU 13 itu mendakwa demikian dalam satu hantaran di FB beliau.

Beliau kemudian memberikan bukti dengan mendakwa ketika Najib sedang sibuk di kandang tertuduh mahkamah, hantaran dilakukan oleh admin TTKM.

Selain itu, beliau juga mendakwa terdapat beribu-ribu profile palsu FB di laman Najib adalah ciptaan TTKM menggunakan perisian bot berharga puluhan ribu ringgit.

“Masa ni Najib Razak dalam mahkamah, kandang tertuduh. Sibuk sedang di tunjukkan cek-cek yang merembat duit rakyat. Masa ni Tentera Troll Kebangsaan Malaysia sibuk upkan status dalam page Najib. Panik ke sebab saya kantoikan korg dengan id fake beribu-ribu tu. Kat wall Najib id yang sama sedang puji Najib keh keh keh. Software bot tu harga dia puluh ribu, mahal software tu. mampu jugak korg ek? Semata nak guna untuk mencacai je” – Syarul Ema Rena

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1893366197434389&set=a.227478340689858&type=3&theater

Ratu Naga turut mendakwa bukti admin TTKM adalah admin FB Najib Razak kerana penggunaan slanga anak muda yang tidak mungkin digunakan oleh Najib seperti penggunaan perkataan ‘ serius doh’.

“Dan bila anda lihat page Najib sendiri, fikir ayat-ayat Najib di page tu. Ayat troll, ayat bukan milik Najib, troll sana sini.” – Syarul Ema Rena

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1892185504219125&set=pcb.1892187030885639&type=3&theater

Walaubagaimanapun, tuduhan Ratu Naga itu dinafikan oleh admin TTKM dan mendakwa Ratu Naga itu kini terdesak untuk kekal relevan dalam peperangan media sosial dengan menumpang populariti TTKM.

Syarul Ema Rena dilantik sebagai Ketua Penerangan Wanita Pusat PKR tahun lalu untuk sesi 2018-2021.

48275166_1824568701005264_6899171809137000448_n.jpg

Sebelum ini, Ratu Naga merupakan cybertrooper UMNO dan sering melakukan berita palsu dan kenyataan rasis untuk  membantu kempen Barisan Nasional ketika PRU 13.

Beliau juga mengakui ketika itu membina jaringan 80 cybertrooper yang menguruskan ribuan akaun media sosial palsu yang kemudiannya digunakan untuk  melakukan penipuan dan memperkecilkan pembangkang.

“Kami akan ambil nama dan gambar dari akaun sosial media di Indonesia atau Filipina untuk membuat akaun palsu, kemudian berlakon seperti penyokong pembangkang. Kami akan keluarkan kenyataan rasis… kemudian kami tangkap layar dan sebarkan ke merata tempat ”  – Syarul Ema Rena

 

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=355440584560299&set=a.104566369647723&type=3&theater

Ratu Naga menyertai PKR pada 2016 dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Ketua Wanita PKR ketika itu, YB Zuraida Kamaruddin.  – Buletin TTKM-

ratubadak.png
Ratu Naga menyerahkan borang keahlian kepada YB Zuraida.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.