Mon. May 27th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kerajaan PH, kerajaan ‘rebranding’.

3 min read

Oleh : Nami Cob Nobbler

Ketika ini, ramai yang merungut tentang perangai kerajaan hari ini yang kerjanya hanya tukar nama daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

1M4U jadi Impact (logo pun ciplak syarikat Ikram Muda), Klinik 1Malaysia jadi Klinik Komuniti, Permata jadi Genius, BR1M jadi BSH.

Ramai yang tertanya-tanya, mana Mahathir yang bina Dayabumi, bina highway PLUS, bina Jambatan Pulau Pinang, bina Putrajaya tu? Mana perginya kegeniusan Mahathir ni? Takkan main idea tiru-tiru ni?

Jambatan Pulau Pinang siap pada tahun 1985, 4 tahun selepas Mahathir jadi Perdana Menteri. Takkanlah ini idea Mahathir? Nak lukis pelan, nak kaji geologi, nak beli tanah orang kampung kat Gelugor tu?

Belek punya belek sejarah, 1975 dah rancang dah. Zaman siapa tu? Arwah Tun Razak, bapak Najib.

Highway PLUS, siap tahun 1994. Tapi nak membina highway dari hujung ke hujung Semenanjung ni paling koman makan berpuluh tahun jugak nak plan ni.

Belek punya belek, rupanya arwah Tun Hussein Onn yang arahkan kajian bina lebuhraya tu tahun 1976, sambunglah dengan Jambatan Pulau Pinang.

Menara Dayabumi? Tabung Haji? LRT? KLCC? KLIA? Putrajaya? Putrajaya ni dah rancang selepas bina Shah Alam tahun 1978 sebab kerajaan pusat masa tu sedar, Kuala Lumpur bakal sesak.

At this rate aku rasa sebenarnya semua ni dah diplan tahun 1970an. Mahathir tinggal rasmi potong reben.

Sebab tu aku langsung tak terkejut dengan kerajaan rebranding ni. Sebab orang tua tu memang tak ada idea sebenar. Dia cuma Machiavellian yang tahu nak rampas kuasa, dan tahu nak ambik kredit bila projek siap.

Kita selalu kata, Mahathir bapa pemodenan Malaysia. Tapi kalau dia begitu moden, kenapa dia recycle idea lama macam nak buat syarikat kereta nasional ketiga dan bina jambatan bengkok ke Singapore?

Takkan dia takde idea up-to-date? Kalau dia ada idea up-to-date, menteri yang cadang kereta terbang tu dah kena tampar sebab bangang. Idea kereta terbang ni zaman 80an nampaklah futuristik. Zaman sekarang ni kau bagi cadangan gini, orang ingat kau sangap hidu gam Dunlop.

Kita selalu melupakan jasa Tun Razak dan Tun Hussein Onn dalam merancang pembangunan negara. Mungkin dorang perintah pun sekejap, Tun Razak meninggal, Tun Hussein Onn sakit.

Tapi bagi aku tu dua Perdana Menteri paling terbaik. Negara paling aman dan makmur tahun 1970an la. Orang Melayu beli album band India nama Alleycats, team bola ada pelbagai kaum.

1970an mungkin aku belum lahir lagi, dan bangunan mungkin tak sebanyak macam sekarang, tapi kecuali di Kelantan (ada rusuhan tahun 1978), Malaysia jauh lagi aman dalam dekad 70an berbanding dekad lain.

Dan sekarang, korang sokong Mahathir ni sebab korang nak kemajuan, kemakmuran dan perpaduan yang korang celik-celik je nampak masa korang lahir dulu?

Tu semua jasa Tun Razak dengan Tun Hussein Onn la. Zaman Mahathir la orang mula start berpecah, mula benci membenci kalau tak sehaluan. Seni mula merudum pun zaman Mahathir sebab sekat sana sekat sini. Rambut panjang pun nak ban.

22 tahun dia perintah dan malangnya tak semua orang rajin gali Arkib Negara atau dok baca sejarah macam aku. Sebab tu orang pun lupa dan ingat segala kemakmuran yang kita kecapi dulu semua jasa Mahathir sorang.

Tu yang ramai pemimpin Pakatan Harapan dok ratib “60 tahun kerosakan yang dilakukan BN”.

Hotak kau. BN wujud pun tahun 1974. Kalau 60 tahun so called kerosakan ni berlaku, zaman baiknya bila? Zaman British?

Dengan orang tak minat baca buku sejarah bolehlah kelentong. Kalau betul-betul genius, dah lama ada idea baru yang gempak.

Ini takat tukar nama je.

Sebab tu umur orang tua ni lama dan Tuhan bagi dia jadi Perdana Menteri lagi. Tuhan nak tunjuk cerita yang sebenar, dan berikan keadilan pada Tun Razak dan Tun Hussein Onn.


Nami Cob Nobbler adalah seorang penulis novel yang menulis beberapa buah novel seperti Awek Chuck Taylor, Lelaki Eksistensial, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No.6, juga merupakan pelajar minor sains politik yang suka memerhati gelagat politikus mengencing rakyat. Artikel ini pertama kali diterbitkan di facebook beliau pada 23 April 2019 di sini 

Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. – Editor. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: