Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Tuhan takdir bangsa Melayu khalifah Selat Melaka sampai kiamat “- Wan Fayshal

4 min read

Wan Ahmad Fayshal di dalam satu forum TV Al-Hijrah.

Kuala Lumpur, 25 April : Pegawai tugas-tugas khas Syed Saddiq, Wan Ahmad Fayshal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon berkata Tuhan sudah takdirkan  bangsa Melayu sebagai khalifah Selat Melaka dan sampai kiamat bangsa itu akan jadi tuan kepada selat tersebut.

“Seperti ulas salah seorang diplomat Wisma Putra yang amat senior, kalau boleh China tak mahu Semenanjung Tanah Melayu wujud yang menyulitkan akses mereka ke Atlantik dan Lautan Hindi.

Tapi apa boleh buat, Tuhan sudah takdirkan kita bangsa Melayu sebagai khalifah Selat Melaka dan sampai kiamat kita akan jadi tuan kepada “chokepoint” paling strategik ini.” – Wan Ahmad Fayshal 

Beliau yang juga  Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, turut mendakwa ECRL merupakan tindakan China yang cuba meniru Doktrin Carter yang ada di Selat Hormuz untuk diguna pakai di Selat Melaka.

“Saya terangkan perbandingan ringkas antara Selat Melaka dan Selat Hormuz dan bagaimana China cuba meniru Doktrin Carter yang ada di Selat Hormuz untuk diguna pakai di Selat Melaka. Nah, terhasillah ECRL.” – Wan Ahmad Fayshal 

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di facebooknya yang dinaikkan pada 23 April 2019.

Berikut merupakan kenyataan penuh beliau:

ECRL MANIFESTASI GEOSTRATEGI CHINA SEBAGAI “KUASA DARAT” (LAND POWER)

Semalam saya telah terangkan secara panjang lebar dan padat apa sebenarnya yang China mahu daripada Malaysia hasil daripada tuntutan takdir permainan geopolitik global yang mana OBOR (One Belt, One Road) yang menatijahkan ECRL adalah kerangka paling tepat untuk memahami gambaran besar mega projek ini.

Saya terangkan perbandingan ringkas antara Selat Melaka dan Selat Hormuz dan bagaimana China cuba meniru Doktrin Carter yang ada di Selat Hormuz untuk diguna pakai di Selat Melaka. Nah, terhasillah ECRL.

Seperti ulas salah seorang diplomat Wisma Putra yang amat senior, kalau boleh China tak mahu Semenanjung Tanah Melayu wujud yang menyulitkan akses mereka ke Atlantik dan Lautan Hindi.

Tapi apa boleh buat, Tuhan sudah takdirkan kita bangsa Melayu sebagai khalifah Selat Melaka dan sampai kiamat kita akan jadi tuan kepada “chokepoint” paling strategik ini.

Jadi keseluruhan disertasi saya di King’s College London dipacu oleh senario dan polemik ini yang mana saya telah teorikan bahawa dalam Malaysia di era Najib Razak perlahan-lahar bertukar menjadi sebuah negara pembentengan (buffer state) buat China.

Dalam usaha saya mengkaji masalah ini secara tuntas, sudah tentu saya banyak membaca kajian-kajian awal daripada pelbagai jenis bahan kajian geopolitik dan pertahanan khususnya dikalangan pemimpin tertinggi tentera Amerika Syarikat. Antara rujukan penting yang saya buat ialah melalui disertasi Kolonel Lawrence Spinetta yang disiapkan di The United States Air Force School of Advanced Air and Space Studies, Air University milik Tentera Udara Amerika Syarikat yang melatih sarjana-wira buat kepimpinan Tentera Udara mereka.

Karya Kolonel Spinetta bertajuk “THE MALACCA DILEMMA” — COUNTERING CHINA’S “STRING OF PEARLS” WITH LAND-BASED AIRPOWER” ini ditulis pada tahun 2006, nun jauh lebih awal sebelum Xi Jinping jadi Presiden dan gagasan OBOR ini tercetus.

Saya jelaskan semalam dalam forum bahawa People’s Liberation Army (PLA) adalah pencetus terawal gagasan OBOR ini dalam usaha mereka mencari pelan alternatif laluan ke Barat kalau mana terdapat banyak sekatan dan halangan di lautan biru yang mana mereka perlu cari jalan keluar melalui Yunnan.

Sudah tentu para general dan pembesar politik China sudah lama mencongak hal ini, bersedia dengan segala bentuk kemungkinan buruk – sama seperti perancangan genius tentera Amerika Syarikat dan NATO dalam usaha memperkuatkan strategi agung mereka yang berbentuk “Pengekangan” (Containment) ke atas “World Island” iaitu supercontinent Eurasia yang dikuasai Russia dan China.

Minggu lalu saya sempat menghadiahkan buku “Haunted by Chaos: China’s Grand Strategy from Mao Zedong to Xi Jinping” yang ditulis oleh sarjana graduan Yale iaitu Sulmaan Wasif Khan kepada YAB Perdana Menteri. Semoga karya ini membantu Tun dalam rundingan dengan Presiden Xi Jinping dan pembesar Politburo CCP.

– Wan Ahmad Fayshal.

Sebelum ini Mat Jargon mendakwa ECRL adalah perkakas geo-politik China persis kuda trojan untuk memastikan matlamat geopolitik China tercapai di Semenanjung Malaysia.

“Tun M sudah berbuih menjelaskan kedudukan projek ECRL sebagai beban yang menggugatkan kedaulatan negara kalau kita ikut terma yang China gariskan bersama Najib Razak dan Jho Low yang yang dibayangi skandal 1MDB.

Soal kos kewangan itu bukanlah perkara yang paling mustahak dan terdesak untuk Tun M pergi ke Beijing dan “kowtow” dengan mereka sebegitu rupa.

Ianya terlebih penting berhubung kesalamatan dan kedaulatan negara.

Dalam keghairahan dan paranoia China untuk melengkapi permainan strategi geopolitik “weiqi” berhubung “Malacca Dilemma” (sekarang ditambah dengan Laut Cina Selatan mendepani neo-containment) yang Tun M dah lama tahu sejak zaman Presiden Hu Jintao, ECRL (dan juga projek lain) adalah persis kuda trojan untuk memastikan matlamat geopolitik China tercapai di Semenanjung Malaysia.”

-Wan Ahmad Fayshal.

 

Beliau ketika itu turut mahu ECRL dirunding semula dengan China memulangkan Jho Low.

“Rundinglah semula itu saja dan pulangkan Jho Low kepada rakyat Malaysia. Barulah hubungan dua hala akan menjadi harmoni dan jujur, “win-win” seperti yang dicanangkan Xi Jinping. Malaysia bukan Afrika. Orang Melayu khususnya ada maruah untuk dijaga berhubung kedaulatan wilayah kami. ”  -Wan Ahmad Fayshal.

Pada 15 April lepas, perdana menteri, Tun Dr Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun Det mengumumkan rundingan baru ECRL yang lebih murah dari rundingan yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini.  Walau bagaimanapun, beberapa stesen dibuang dari jajaran dan tiada laluan terowong bagi mencapai matlamat penjimatan tersebut.

Tun Det turut berkata rundingan baru ini tidak melibatkan Jho Low

“Ia (rundingan semula ECRL) tidak melibatkan Jho Low. Tetapi sudah tentu kita akan mendapatkan pertolongan China sekiranya beliau selama ini berada di China” – Tun Dr Mahathir.

Sebelum ini, menteri ekonomi, Azmin Ali mengumumkan pembatalan ECRL yang kemudian dinafikan oleh menteri kewangan, Lim Guan Eng.

Kerajaan beberapa kali melakukan pusingan-U dalam isu ECRL, tetapi akhirnya meneruskan projek tersebut apabila menyedari pampasan berjumlah RM20 billion perlu dibayar kepada China sekiranya projek infrastruktur paling terbesar di Malaysia itu dibatalkan.  -Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: