Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Calon DAP padam poster guna logo Marvel Studio, Avengers

1 min read

Sandakan, 26 April : Tidak sampai sejam selepas segmen english Buletin TTKM menaikkan berita “DAP candidate used Marvel Studios and Avengers for by-election campaign’, hantaran di laman Facebook calon DAP pada PRK Sandakan tersebut kini tidak dapat diakses dipercayai telah dipadamkan.

Terdahulu, Buletin TTKM telah menghubungi pihak Marvel Studios untuk memastikan sama ada DAP memperoleh kebenaran studio terbabit untuk menggunakan logo mereka.

Vivian Wong yang merupakan anak perempuan ahli parlimen Sandakan yang meninggal dunia pada 23 Mac kerana sakit jantung, dipilih oleh DAP sebagai calon mereka untuk pilihanraya kecil Sandakan.

Poster kontroversi itu menggunakan tagline “keep the legacy alive” merujuk kepada penerusan legasi mendiang Stephen Wong. Huruf A pada perkataan ‘alive’ itu menggunakan logo huruf Avengers manakala logo Marvel Studios kelihatan jelas di bahagian bawah poster. – Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: