SURAT TERBUKA UNTUK PAK MENTERI SYED SADDIQ

SURAT TERBUKA UNTUK PAK MENTERI SYED SADDIQ

oleh: Muhammad Israr

Ke hadapan Pak Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq. Tahniah dan takziah dengan lantikan saudara sebagai Menteri Belia dan Sukan. Saya ingin menyentuh dengan usaha anda untuk membawa BTS ke Tanah Air yang tercinta ini.

Saya masih musykil, sama ada anda Menteri Belia dan Sukan Malaysia atau Menteri Belia dan Sukan Korea? Adakah anda pernah dengar pepatah, “anak kera di hutan disusukan tapi anak sendiri mati kelaparan”? Kenapa anda ingin jadi jargoan jadian?

Kalau benar-benar ikhlas hendak majukan industri muzik Malaysia. Beri peluang terbuka luas untuk artis atau band yang bukan bergenre Pop.

Adakah anda pernah turun ke gig? Gig bukan tempat budak-budak muda berparti buih. Ia tempat meluahkan keghairan kami terhadap muzik yang tidak dapat di media arus perdana.

Gig ialah tempat band mempersembahkan karya mereka kepada peminat yang lebih menghargai karya mereka.

Kenapa anda nak perjuangkan budaya luar dari mengankat budaya sendiri. Jangan sampai anak-anak generasi akan datang tidak kenal apa itu kompang, gambus dan sebagainya. Nak biar semua alat-alat ini di muzium? Ah, sebilangan besar masyarakat kita pun bukan suka pergi muzium.

Sudah-sudahlah beri ruang kepada muzik Pop. Kami nak dengar lagu-lagu bergenre lain juga diputarkan di corang-corong radio seperti Punk, Ska, Grunge dan sebagainya. Akhir-akhir ini juga muzik Irama Malaysia juga sudah mula dilupakan. Bila dah jemu dengan bunyi yang sama mulalah nak jemput artis luar datang buat konsert.

Jika hendak bicara soal pasaran muzik (pinjam ayat Bakal PM). Kita boleh pasarkan muzik kita ke negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei kerana rata-rata rakyat mereka penutur Bahasa yang hampir mirip dengan kita. Jika kita syok dengar artis korea menyanyi. Kita kena juga buat bagi rakyat Korea syok dengar lagu kita.

Yang terakhir, tolonglah jaga kebajikan artis kita. Tak kasihankah kepada artis legenda negara sendiri. Usia dah lanjut tapi dok minta sedekah. Bukan saya hina mereka sebab minta sedekah tapi mereka patut dilayan sebaiknya sementara mereka masih ada.

Sepanjang hidup mereka dah berkarya demi sesuap nasi dan demi menghiburkan seharian hidup kita. Jangan dok buat perangai bila artis dah tak ada baru nak kenang dan bagi anugerah berbagai. Yang dok ada kita kena jaga elok-elok. Sekian.

Ini budaya kita. Peliharalah sebaiknya.


Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.