Oleh : Zainulfaqar Yaacob
Sentimen anti China berjaya menghasut rakyat terbanyak untuk menumbangkan Robert Mugabe di Zimbabwe.
Dalam siri-siri kempen anti Mugabe, rakyat ditemberang konon-konon Zimbabwe tak perlu menggadaikan kedaulatan negara kepada China.
Golongan anti Mugabe turut berdakyah bahawa begitu ramai pelabur dari India & Amerika Syarikat akan melabur di negara itu, selepas era Zimbabwe Baru kelak.
Namun, apa yang terjadi pasca kejatuhan Mugabe adalah pelabur asing dari India dan Amerika Syarikat langsung tak melabur di Zimbabwe, seperti dijanjikan sebelum ini.
Keadaan itu memaksa Presiden Zimbabwe baharu Emmerson Mnangagwa membuat pusingan u dengan kembali mengeratkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China, demi menggalakkan projek-projek bilateral di bawah Road & Belt Initiative kembali ke Zimbabwe.
Cerita Zimbabwe ini saling tak tumpah sebagaimana yang terjadi di tanah air Malaysia.
Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak menggadai kedaulatan negara apabila menyokong ECRL serta beberapa lagi projek bilateral dengan Republik Rakyat China, di bawah Road & Belt Intitiative.
Rakyat diyakinkan bahawa Dr Mahathir “lebih bagus” serta boleh membawa limpahan kemewahan dalam ekonomi yang konon-konon “Malaysian nak bankrap, hutang lebih RM1 trilion”,
Dr Mahathir digambarkan mampu membawa masuk pelaburan asing langsung dari Jepun, konon-konon sebagaimana pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur lebih 3 dekad lalu.
Pada PRU14 pada 5 Mei 2018 lepas, golongan anti Najib Razak berjaya mendapat sokongan rakyat terbanyak dan Dr Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri Ke-7 Malaysia.
Namun, selepas hampir setahun berlaku menyaksikan Dr Mahathir mengambil alih Kerajaan Pusat, dengan beberapa kali lawatan rasmi ke Jepun, tiada kedengaran pun mega FDI negara jolokan ‘matahari terbit’ itu nak ke tanah air ini.
Yang dilaporkan antaranya, Kerajaan Persekutuan Malaysia menjana hutang asing dalam Yen Jepun melalui terbitan Bon Samurai sahaja, tanpa tujuan yang jelas untuk projek pelaburan apa.
Dan terbaru, Dr Mahathir terbang ke Republik Rakyat China. Perdana Menteri Ke-7 Malaysia itu juga seperti Presiden Zimbabwe baharu Emmerson Mnangagwa, masing-masing mengaku menyokong Road & Belt Initiative.
Selepas berjaya menghasut rakyat anti China, serta gagal membawa FDI dari negara selain China, Dr Mahathir dan Emmerson Mnangagwa kembali menyatakan sokongan pada Road & Belt Initiative. LOL!
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.