Sat. Sep 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. : Fatwa Mufti Selangor

4 min read

FATWA TENTANG FAHAMAN SYIAH
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’, membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL
1. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan lain-lain.
(a) Penyelewengan Dari Sudut Aqidah
(i) Imam adalah Maksum
(Sila lihat kitab ‘Aqaid Al- Imamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha Al- Muzaffar, halaman 72).
(ii) Kemunculan semula Iman Mahadi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan (Sila lihat kitab ‘Aqaid Al- Imamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha Al- Muzaffar, halaman 83).
(iii) Berpura-pura (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi, Juzu’ 2 oleh
Abu Ja’afar Muhamad Bin Ya’kub Bin Ishak AlKulaini Al-Razi, halaman 217)
(iv) Saidina Ali disama tarafkan dengan Allah S.W.T.
(Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Sira’ Kafi oleh AlKulaini, Jilid 1, halaman 197)
(v) Menghalalkan Nikah Mut’ah (Sila lihat kitab Man La Yahduruhu Al-Fiqih oleh
Abu Ja’afar Muhammad Bin Ali Bin Al-Husain Babawaih Al-Qummi, Juzu’ 1, halaman 358)
(vi) Khalifah diwasiatkan secara nas (Sila lihat kitab ‘Aqaid Al-Imamiah oleh Syeikh
Muhammad Redha Al-Muzaffar, halaman 78)
(vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia(Silat lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh AlKulaini, Juzu’1 halaman 146)
(viii) Muhammad Bin Hassan Al-Askari ialah Iman Mahdi Al-Muntazar (Sila lihat kitab As-Syiah Wa Al-Tasbih Al-Sira’ Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu, oleh Doktor Musa
Al-Musawi, halaman 61)
(ix) Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W (Sila lihat kitab Al-Anwar Al-Nu’maniah oleh Syed Nikmatullah Al-Musawi, halaman 81)
(x) Menambah Syahadah seperti berikut :
(Sila lihat kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh AlKulaini Juzu’ 1, halaman 441).
(xi) Menolak Hadith yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jama’ah sekalipun hadith
Mutawatir (Sila lihat buku Aslu Al-Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al-Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, halaman 149)
(b) Penyelewengan Dari Sudut Syariat
(i) Menolak Ijma’ Ulama’ (Sila lihat kitab Mukhtasar Al-Tuhfah Al-Ithna Asyariyyah
oleh Shah Abdul Aziz Al-Imam Wilayullah Ahmad Abdul Rahim Al-Dahlawi, halaman 51)
(ii) Menolak Qias (Sila lihat kitab Asli Al-Syiah Wa Usuluha oleh
Muhammad Bin Al-Husain Ali Kasyif Al-Ghita, halaman
149)
(iii) Mengamalkan Nikah Mut’ah (Sila lihat kitab Al-Nihayah Fi Mujarrad Al-Fiqh Wa AlFatawa oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin Hassan Bin Ali Al-Tusi, halaman 489-491. Kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Abu Ja’afar Muhammad Bin A-Hassan Al-Tusi, halaman
254,259,266)
(iv) Menolak ‘Aul dan mendahulukan Qurabah dari ‘Asobah dalam masalah Pusaka
(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Diantara Nas Dan Ijtihad) oleh AlHasan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliy, terjemahan Prof.
Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 100-101).
(v) Menuduh Abu Bakar, Umar Uthman dan Mu’awiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah (Sila lihat kitab Al-Tafsir oleh Abu Al-Nadhar Muhammad Bin Mas’ud Bin ‘Iyasy Al-Salami Al-Samarqandi, Juzu’ 1, halaman 116)
(vi) Hanya Ali menghimpun Al-Quran dengan sempurna (Sila lihat kitab Al-Usul Min Al- Kafi oleh Al-Kulaini, Juzu’ 1, halaman 228)
(c) Pelbagai penyelewengan Umum

(i) Menziarahi Kubur Saidina Husain. Ganjaran Syurga (Sila lihat Al-Irsyad oleh Muhammad Bin Muhammad Bin Nu’kman Al-Askibri Al-Baghdadi Al-Mulaqqap Bin AlSyeikh AlMufid, halaman 252).
(ii) Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram (Sila lihat kitab Al-Syiah Wa Al-Tashih Al-Sira’, Baina Al-Syiah Wa Al-Tasyayyu’, oleh Doktor Musa AlMusawi, halaman 98)
(iii) Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi S.A.W. iaitu Saidanita Aishah dan Hafsah (Sila lihat kitab Tuhfah Al-Awam Maqbul oleh Al-Syed
Manzur Husain, halaman 330)
(iv) Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh
Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, tahun 1993, halaman 36)
(v) Sembahyang Dhuha adalah haram (Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh
Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31)
(vi) Menetapkan Prinsip Khumus sebagai Kadar Zakat (Sila lihat kitab Tahzib Al-Ahkam oleh Ja’afar Muhamad Bin Al-Hassan Al-Tusi, halaman 122).
(vii)Imamah dan Khalifah daripada Rujuk Islam dan ianya berlaku melalui Nas.
(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan
Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 145-146)
(viii) Islam bukan Syarat wajibnya Haji
(Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh
Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy, terjemahan
Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim, halaman 31).
(ix) Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai
basuh pada kedua-duanya.
Sila lihat buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya
(Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas Dan Ijtihad) oleh
Hassan bin Yusuf Al- Muntahhar Al-Hulliyy – terjemahan
Prof. Madya Dr. Lutfi Ibrahim.
3. Oleh itu, mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang kepada
ajaran-ajaran dan gahaman tersebut kerana bertentangan ia dengan
pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Larangan ini meliputi :
(a) Untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang
kepada atau menyebarkan Ajaran-ajaran atau fahamanfahaman yang terkandung di dalam ajaran fan fahaman Syiah
kecuali untuk amalan individu itu sendiri; Atau
(b) Untuk menerbitkan apa-apa bentuk versi atau variasi atau
apa-apa terjemahannnya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa
bahan publisiti atau apa-apa bahan, sama ada bahan cetak
atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media,
atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada
penyebaran ajaran-ajaran tersebut; Atau
(c) Untuk menjadi anggota atau pemimpin mana-mana golongan
Syiah atau membantu dalam menghidupkan atau
mengembangkan kumpulan sedemikian.
Dibuat 14 Februari 1998.

[JAI.Sel. 8014/7 ; PU. Sel. AGM/0007. Jld. 2.]
ABD MAJID BIN OMAR
Pemangku Mufti
Selangor

Fatwa1998_20.Fahaman_Syiah

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: