ISU MAT SABU SOLAT DI BELAKANG IMAM SYIAH

Oleh : Bintang Kartika

Saya melihat dan baca juga teman-teman yang share isu Menteri Pertahanan kita solat belakang imam Syiah, di Tehran. Baca komen, cam biasalah 98% kata tak sah solat tersebut, sesat yadayada. Saya tak berminat nak campur sebab ketidakketahuan membuat manusia perasan sok tahu. Ia hanya menimbulkan perdebatan yang tak berkesudahan, dengan berbagai bentuk sindiran politik. Padahal Haji Hadi pun sering hadiri seminar di Tehran, gambar-gambarnya berpeluk dengan pimpinan Iran melata di google. Malah banyak kenyataannya berpihak kepada Iran. Tapi ramai boleh berbaik sangka.

Saya tak sangka pulak PM masuk bertalu-talu mohon saya ulas isu ini. Jadi mari kita berbicara pada konteks ilmu bukan perlecehan. Pencerahan ini adalah didasari ilmu yang simpang siurnya ramai tak tahu sebab tak masuk silibus sekolah. Ramai tak berminat nak tahu sebab syiah telah diratib, sesat, sesat, sesat. Di kepala semua orang tanpa apa-apa ilmu yang benar, syiah sesat.

Suka saya memetik kata-kata Saidina Ali tentang isu ini;

“Janganlah kalian memusuhi apa yang tidak kalian ketahui. Kerana kebanyakan ilmu itu berada pada tempat yang tidak kamu ketahui.” – Saidina Ali bin Abi Thalib.

Menteri Pertahanan solat di belakang imam Syiah, yang dipertikai adalah;

1. Sahkah solat tersebut?

2. Ada batu/tanah di tempat sujud. Sahkah?

3. Imam solat dalam lubang.

4. Syiah sesat lebih bahaya dari Kristian malah Zionis.

.

1. Sahkan Solat Tersebut?

Prinsip dalam hukum fiqh, sahnya solat berjamaah terletak pada sahnya solat imam itu sendiri. Kalau imam menuruti segenap rukun, maka sahlah kepada orang yang bermakmumkannya.

Apa yang kalian nampak tentang tidak sahnya solat imam tersebut hanya berdasarkan gambar?

Mari kita pelarinya satu-satu agar kalian tercerahkan.

.

2. Ada batu/tanah di tempat sujud. Sahkah?

Saya telah menulis panjang lebar tentang ini. Link saya sertakan juga di ruang komen.
https://www.facebook.com/100027442903630/posts/268369247421170?s=100027442903630&v=i&sfns=xmwa

i) Imam Jaafar As Sadiq berkata lagi: “Bersujud adalah tidak dibenarkan kecuali di atas tanah atau apa sahaja yang tumbuh darinya, kecuali sesuatu yang dimakan atau kapas.” [Wasa’il al-Shi’ah, jil. 3, hal. 592]

ii) Abu Shalih meriwayatkan: “Saya menemui Ummu Salamah lalu seorang anak saudaranya masuk ke rumah. Ia solat dua rakaat di sana. Ketika bersujud, ia meniup at-turab di atas tempat sujudnya. Ummu Salamah berkata, ‘Anak saudaraku, jangan meniupnya! Sungguh saya mendengar Rasulullah saw berkata kepada seorang budaknya yang bernama Yasar, ‘Lekatkanlah wajahmu pada tanah kerana Allah’.”

iii) “Selain memerintah, Rasulullah saw juga melarang seseorang untuk membersihkan dengan cara meniup debu atau tanah yang ada di tempat sujud.” [Kanz al-‘Ummal dan Musnad Ahmad]

.

3. Imam solat dalam lubang

Kenapa imam berada di dalam lubang? Ketika makmum melimpah ke ruang bawah masjid yang menyebabkan kedudukan makmum lebih rendah dari imam, maka imam harus merendahkan kedudukannya setaraf dengan makmum.

Inilah kes kenapa imam Syiah solat di dalam lubang. Pada sisi lain tanpa makmum yang melimpahi ke bawah masjid, kedudukan imamnya tetap pada posisi sama dengan makmum. Anda boleh search image.

Di kebanyakan ulama fikih Ahlu Sunnah (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali) menghukumkan makruh jika kedudukan imam lebih tinggi dari makmum.

“Apabila seseorang mengimami suatu kaum, maka janganlah dia berdiri di tempat yang lebih tinggi dari tempat mereka” (Ensiklopedi Hadits, Sunan Abi Daud, 506).

“Sekiranya makmum berada di platform yang tinggi dan imamnya di bawah, atau sebaliknya, (sah qudwah) dengan syarat bertentangan sebahagian badan makmum dan dengan badan imam.” Beliau berkata lagi: “makruh kedudukan makmum lebih tinggi daripada imam ATAU SEBALIKNYA (iaitu imam lebih tinggi dari makmum), melainkan terdapat keperluan (contoh: mengajari anak-anak/pelajar solat) maka hukumnya adalah disunatkan.” – Imam Nawawi dalam Minhaj al-Thalibin (1/41).

Makruh hukumnya, apabila posisi ketinggian imam satu hasta atau lebih. (Zadul Mustaqni’, hlm. 20).

.
4. Syiah sesat lebih bahaya dari Kristian malah Zionis.

Syiah adalah mazhab ke lima dalam Islam. Seperti aliran ghuluw dalam mazhab Sunnah, Syiah juga menolak Syiah-Syiah ghuluw di kalangan mereka.
Ulama dunia telah mengeluarkan fatwa tentang Syiah di Amman Message.

Ada 3 point diskusi conference tersebut:

1) Siapakah seorang Muslim itu?

2) Apakah boleh menyatakan seseorang sebagai seorang murtad?

3) Siapa yang memiliki hak-hak untuk mengeluarkan fatwa?

Di conference tersebut para ulama telah membuat keputusan tentang tiga point di atas, yang kemudian dikenali sebagai, “Three Points of the Amman Message’:

1) Pengakuan terhadap keabsahan kelapan mazhab Sunni, Syiah dan Ibadhi Islam; teologi Islam tradisional (Ash’arisme); Mistisisme Islam (Sufisme); dan pemikiran Salafi sejati, dan berhasil membuat definisi yang tepat tentang siapa gerangan Muslim.

2) Berdasarkan definisi muslim ini, diharamkan takfir (pernyataan kemurtadan seseorang) antara sesama Muslim.

3) Ditetapkan prasyarat-prasyarat subjektif dan objektif pengeluaran fatwa untuk melawan ketetapan-ketetapan bodoh dan tidak sah yang mengatasnamakan Islam.

Deklarasi Amman dan tiga point di atas, telah disepakati dan ditandatangani 552 ulama dan tokoh agama dari 84 negara, termasuk Malaysia.

Sumber artikel asal 


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version