Saya akan terus kritik kerajaan pimpinan Tun, kata Dr Asri

Kuala Lumpur, 30 April: Mufti Perlis, Dr Asri berkata beliau akan terus berpegang kepada falsafah “jangan ketepikan kebenaran kerana takut” sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran dalam facebook beliau pagi tadi.

“Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis catatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: “Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya”. In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri” – Dr Asri

Dr Asri turut mengepilkan gambar tulisan catatan Tun Dr Mahathir itu pada buku memoir yang diperolehnya.

Dr Asri mengulas perkata itu sebagai menjawab kenyatan perdana menteri yang menyifatkan Mufti Perlis itu sebagai ‘pekak’ kerana mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak mempertahankan Islam.

Kata Perdana Menteri berkata, jika Mohd Asri boleh mendengar, sudah tentu beliau tahu pelbagai usaha dilakukan kerajaan PH dalam menjaga Islam di negara ini.

“Sebab dia pekak, kalau dia boleh mendengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, agama Islam (di negara ini).Tetapi dia tidak mendengar,”  – Tun Dr Mahathir.

Terdahulu, Mohd Asri dalam perkongsian di media sosial Facebook miliknya mendakwa suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.

Beliau mendakwa pelbagai kenyataan dibuat oleh individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam.

Dakwanya pihak yang menimbulkan ketegangan itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan, manakala individu yang berkongsi pengalaman peribadi menukar agama dan memilih agama Islam ditangkap.

Mohd Asri dipercaya membuat kenyataan itu susulan seorang pendakwah bebas, Zamri Vinoth yang dikatakan mempunyai kaitan dengan tokoh pendakwah terkenal dari India, Zakir Naik, direman empat hari untuk membantu siasatan, kelmarin.

Pendakwah itu ditahan susulan lebih 700 laporan polis yang diterima di seluruh negara terhadap satu klip video yang dianggap mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Hindu.

Berikut merupakan kenyataan penuh Dr Asri.

“Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: “Mufti Perlis pekak” sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak.

Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.

Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis catatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: “Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya”.

In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri” – Dr Asri

-Buletin TTKM-

 

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: