
Media sosial, 30 April : Pegawai tugas-tugas khas Syed Saddiq, Wan Ahmad Fayshal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon berkata “seekor singa tidak ambil peduli dengan pandangan kambing biri-biri apatah lagi troll” apabila ditanya mengenai akaun facebook beliau yang tidak dapat diakses.
Selain itu, Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu turut berkata tindakan tersebut dilakukan untuk detox sempena bulan Ramadhan.
Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya sebagai menjawab pengguna twitter lain yang mendakwa beliau menutup akaun facebooknya kerana tidak tahan ditroll oleh tentera bawang di media sosial tersebut.
“A lion doesn’t concern himself with the opinions of a sheep what more trolls Ramadhan detox.” – Wan Ahmad Fayshal
A lion doesn't concern himself with the opinions of a sheep what more trolls 😂
Ramadhan detox.
— Wan Fayhsal (@wanfayhsal) April 27, 2019
Terdahulu, sebelum akaun facebooknya ‘ditutup’, Wan Fayshal menyifatkan troll sebagai “jembalang kuman hawa lembap” pada satu hantaran di mana beliau mengggesa rakyat supaya memahami kebijaksanaan geopolitik Sang Kancil Malaysia dengan menggunakan ilmu dan bukan dakyah jembalang (troll) hawa lembap.
“FAHAMI KEBIJAKSANAAN GEOPOLITIK SANG KANCIL MALAYSIA-CHINA DENGAN ILMU BUKAN DAKYAH JEMBALANG (TROLL) KUMAN HAWA LEMBAP”- Wan Ahmad Fayshal.

Akaun facebook beliau menjadi sasaran tentera bawang sejak dua minggu lalu apabila beliau memberikan komen “sampah TTKM” di laman facebook troll politik no 1 negara, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM).
Beliau kini dipercayai menyah-aktifkan akaun facebooknya dan berundur di kubu kuat penyokong kerajaan di media sosial lain iaitu di Twitter.- Buletin TTKM-
*Tentera bawang merujuk kepada pengguna media sosial yang suka menyerang facebookers lain dengan memberikan komen troll, sinis dan kritis – Editor.
Leave a Reply