Ribuan sertai perarakan hari pekerja di ibu kota.

Kuala Lumpur, 1 Mei : Ribuan orang menyertai bantahan dan perarakan sempena Hari Pekerja 1 Mei sebentar tadi.

WhatsApp Image 2019-05-01 at 11.17.52 AM.jpeg

Tema himpunan kali ini iaitu “Tinggikan gaji, hentikan diskriminasi” mula berkumpul di  Maju Junction pada jam 10 pagi dan mula berarak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman menuju ke Medan Pasar.

WhatsApp Image 2019-05-01 at 11.17.43 AM.jpeg

Para peserta turut melakukan persembahan teater sambil  memegang sepanduk antaranya “Gaji minima RM1800”. “Mahasiswa dan Pekerja, bersatulah melawan diskriminasi”, “Hak kesatuan sekerja untuk semua” dan ” Pekerja bukan robot”.

This slideshow requires JavaScript.

Arutchelvan, atau lebih dikenali sebagai Arul, yang merupakan salah seorang penganjur ketika dihubungi Buletin TTKM berkata himpunan kali ini disertai lebih kurang 1500 orang.

Beliau yang juga AJK Parti Sosialis Malaysia berkata himpunan 1 Mei kali ini turut disokong oleh 101 organisasi.

6fdd8c9a8c2b9b455f9dcf7ad1e84a9a.jpg
“Perarakan hari pekerja kali ini disertai lebih kurang 1500 peserta” – Arul. 

Perarakan tersebut walau bagaimanapun terhenti seketika di Dataran Merdeka kerana bertembung dengan larian yang dianjurkan oleh DBKL, tetapi kemudian dibenarkan melaluinya di bahagian belakang oleh pihak polis setelah rundingan diadakan.

WhatsApp Image 2019-05-01 at 11.17.50 AM.jpeg

Menurut Arul, perarakan akan berhenti di Medan Pasar dan dijangka bersurai pada jam 12 tengah hari.

TTKM turut melakukan live streaming perarakan tersebut dan videonya boleh ditonton seperti di bawah:

 

Himpunan Hari Pekerja kali ini menggariskan 5 tuntutan iaitu:

1. Tuntutan Hari Pekerja 2019: HAK MAHASISWA
Naikkan gaji graduan dan hapuskan diskriminasi antara graduan.;Berikan pendididkan percuma kepada semua pelajar, kanak-kanak migran dan pelarian; dan akhir sekali, Mansuhkan AUKU, Akta 174, dan semua akta yang mengongkong kebebasan akademik !

2. Tuntutan Hari Pekerja 2019: HAK BEKERJA ORANG KURANG UPAYA (OKU) HARUS DIJAMIN

3. Tuntutan Hari Pekerja 2019: HAK BERTANI DAN JAMINAN MAKANAN
Iktiraf dan berikan geran tanah kepada golongan petani yang telah lama bertani dan membekalkan hasil pertanian untuk kegunaan tempatan.

4. Tuntutan Hari Pekerja 2019: LAKSANAKAN JAMINAN PERLINDUNGAN SEKURITI SOSIAL
Laksanakan Jaminan Perlindungan Sekuriti Sosial untuk semua termasuk Skim Pencen dan kemudahan untuk golongan warga emas.

5. Tuntutan Hari Pekerja 2019: HAK KESATUAN SEKERJA
Hormati semangat keharmonian industri dengan memperkasakan kesatuan sekerja. Pihak majikan harus hentikan aktiviti menghancurkan kesatuan sekerja di Negara ini.

6. Tuntutan Hari Pekerja 2019: HAK ORANG ASAL

-Buletin TTKM-

 

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.