June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Saya tak curi wang KWAP RM4 billion!- Najib Razak

Malaysia's former prime minister Najib Razak speaks to Reuters during an interview in Langkawi, Malaysia June 19, 2018. REUTERS/Edgar Su

Kuala Lumpur, 1 Mei: Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak atau lebih dikenali sebagai Bossku menafikan tuduhan bahawa beliau mencuri wang sebanyak RM4 billion dari KWAP melalui syarikat SRC.

Tambah ahli parlimen Pekan itu, perkara tersebut merupakan propaganda oleh penyokong PH.

“Penyokong PH sedang cuba menularkan tuduhan bahawa saya telah curi RM4 bilion dari KWAP melalui syarikat SRC international. Propaganda mereka adalah berdasarkan tajuk berita sensasi yang berbunyi “Pihak bank mengesahkan dana RM4 bilion telah dipindahkan dari KWAP kepada SRC” – Najib Razak. 

Beliau kemudian menjelaskan SRC International merupakan syarikat 100% milik kerajaan dan wang berjumlah RM4 bilion itu merupakan pinjaman KWAP kepada SRC yang dijamin kerajaan dengan faedah 4.3%-5.1% setahun.

“SRC International adalah syarikat 100% milik kerajaan. KWAP meminjam RM2 bilion pada tahun 2011 dan RM2 bilion lagi kepada SRC international pada tahun 2012. Pinjaman ini dijamin oleh kerajaan dan adalah untuk tempoh 10 tahun. Untuk lima tahun pertama, SRC hanya membayar faedah antara 4.3% hingga 5.1% setahun kepada KWAP. Pada tahun ke-6 iaitu pada tahun 2016 dan 2017 masing-masing, SRC mula membayar balik secara ansuran pokok (prinsipal) dengan faedah tahunan kepada KWAP.” – Najib Razak.

Tambah Bossku lagi, beliau didakwa menerima dana RM 42 juta dan bukannya didakwa menggelapkan RM4 billion.

“Saya didakwa menerima dana RM42 juta dari syarikat Ihsan Perdana pada akhir tahun 2014 dan permulaan tahun 2015 – iaitu TIGA tahun selepas KWAP meminjam kepada SRC. Saya BUKAN didakwa menggelapkan atau mencuri RM4 bilion dari SRC.” – Najib Razak.

Bossku turut melampirkan laporan tahunan KWAP pada 2017 yang membuktikan KWAP tidak mengalami apa-apa kerugian dari pinjaman RM4 bil kepada SRC International.

This slideshow requires JavaScript.

Lampiran ini adalah dari Laporan Tahunan 2017 KWAP yang diaudit dan dikeluarkan pada November 2018 iaitu selepas PH ambil alih kerajaan. Laporan tahunan ini jelas menunjukkan KWAP tidak mengalami apa-apa kerugian dari pinjaman mereka kepada SRC. KWAP dibayar oleh SRC tepat pada masanya setiap 6 bulan mengikut jadual dan syarat pinjaman. Malah, laporan tahunan 2017 untuk KWAP menunjukkan prestasi yang baik untuk tahun itu di mana pendapatan KWAP telah naik ke RM9 bilion berbanding purata RM6 bilion pada tahun-tahun yang lepas. Saiz aset KWAP juga telah naik RM16 bilion ke RM141 bilion berbanding RM125 bilion untuk tahun 2016 dan RM100 bilion pada tahun 2013.” – Najib Razak.

Beliau berkata demikian pada satu hantaran yang dinaikkan di laman facebooknya.

Pada Mei 2018,  KWAP berkata SRC International masih tetap membuat pembayaran faedah biasanya setiap 6 bulan terhadap pinjaman RM4  bilion itu , menurut laporan The Edge Markets.

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: