Mon. Oct 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Isu RTS: Sultan Johor sedia serah tanah tanpa sebarang kos, dengan syarat..

2 min read

JOHOR BAHRU 4 Mei: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, tidak pernah dimaklumkan bahawa tanah baginda terbabit dalam pembinaan projek Sistem Transit Aliran (RTS) Johor–Singapura, namun baginda berkenan menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos demi kepentingan rakyat dengan syarat projek tersebut mesti diteruskan segera.

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah, berkata baginda turut kecewa dengan laporan berita yang mengaitkan peningkatan kos projek itu dengan sebidang tanah dikatakan milik baginda di Bukit Chagar, di sini.

“Hingga hari ini, baginda tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda akan terbabit untuk projek RTS itu.

“Namun, baginda bertitah, jika benar tanah milik baginda di Bukit Chagar itu terbabit untuk projek RTS, maka baginda berkenan menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos.

“Ia dengan syarat projek RTS ini mesti diteruskan segera kerana baginda amat memahami derita rakyat yang terpaksa berulang-alik ke Singapura.

“Sebagaimana yang sering ditegaskan bahawa kepentingan rakyat dan kerajaan sentiasa menjadi keutamaan baginda dan setiap isu haruslah dibawa berbincang secara muafakat,” – DAto Haji Jaba Mohd Noah.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Sumbangan kepada Buletin TTKM

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus melaporkan dan beroperasi dengan dengan melakukan sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank) 

Semalam, portal Malaysiakini  memetik sumber yang tidak dinamakan mendakwa tanah yang sebelum ini milik Kerajaan Persekutuan, sudah ditukar milik ke atas nama Sultan Johor dengan Pejabat Tanah dan Galian Johor mendapat tahu perkara itu pada 28 Januari lalu.

mkini.JPG
Tangkap layar laporan Malaysiakini

Sumber yang tidak dinamakan itu juga mendakwa, bila dan bagaimana Sultan Johor memiliki tanah terbabit masih samar, namun percaya geran tanah untuk 4.5 hektar itu ditukar ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) antara 2017 hingga 2018.

Sumber juga memberitahu Malaysiakini, Putrajaya kini perlu menyediakan RM495 juta sebagai pampasan untuk mengambil balik tanah tersebut, sedangkan pada asalnya ia sepatutnya dimiliki olehnya.

“Jadi, masalah sekarang adalah kos. 

“Tanah tersebut sepatutnya milik kerajaan persekutuan, tetapi sekarang ia memerlukan kos tambahan untuk diuruskan,” kata seorang dengan syarat tidak mahu mendedahkan namanya. – Laporan Malaysiakini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kemudian dilaporkan sebagai berkata Kerajaan Persekutuan akan menuntut kembali tanah itu jika benar ia sudah ditukar hak milik kepada Sultan Johor tanpa melalui proses yang betul.

Portal yang dilihat pro kerajaan tersebut sering melakukan berita dengan memetik “sumber yang tidak dinamakan.”

– Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: