Wed. Sep 18th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Salahuddin, gaji kamu RM67k sebulan, tak perlu bodek Tun. Buat kerja!

2 min read

Oleh : Editorial TTKM

Kelmarin perdana menteri berkata penanaman padi boleh dilakukan pada waktu malam. Seperti sukan golf dimana lampu spotlight dipasang pada waktu malam bagi membolehkan pemain bermain golf, maka perkara yang sama boleh dilakukan pada sektor pertanian.

Memahami politik Tun sekian lama, kita melihat kenyataan itu sebagai satu sindiran. Tetapi kepada siapa sindiran itu ditujukan? Sudah tentu kepada majoriti pesawah orang Melayu bukan? Sebenarnya Tun ingin mengingatkan orang Melayu supaya jangan menyemai sikap malas, kerana waktu malam pun boleh bekerja.( Penulis fikir, mungkin juga Tun boleh berkongsi rahsia bagaimana anak-anaknya boleh menjadi jutawan supaya dapat dicontohi oleh rakyat kebanyakkan. )

Oleh itu, sempena hari pekerja, beliau juga bercadang supaya kerja 3D ( dirty, dangerous and difficult) ditukarkan pada waktu malam yang tidak panas dan terik supaya rakyat Malaysia tidak lagi bergantung kepada buruh asing yang kini dikuasai oleh mereka.

Di sebalik kenyataan Tun mengenai tanam padi waktu malam yang mendapat kecaman segenap masyarakat itu, menteri pertanian, Salahuddin Ayub semalam muncul mempertahankan perdana menteri.

Menurutnya, kenyataan PM itu mempunyai maksud tersirat.

“Saya rasa Tun bercakap dalam banyak lapis bahasa supaya kita semua lebih inovatif dan lebih memikirkan cara-cara terbaik untuk kehidupan yang lebih baik.

Saya tidak membaca kenyataan itu hanya pada literal tapi dengan cara bagaimana kita harus melihat masa depan dengan idea yang lebih inovatif dan menggunakan setiap ruang dalam hidup ini untuk maju ke depan,” – Datuk Salahuddin Ayub

Mujurlah ketika membaca komen menteri pertanian itu, perut penulis kosong, belum lagi diisi makanan. Jika tidak, sudah tentu keluar segenap isi perut dek mual, muntah dengan pembodekkan beliau.

Masa zaman BN dahulu, memang ada ramai menteri begini, kerjanya membodek sahaja setiap kenyataan PM tak kira betul atau salah. Tidak tahu pula perkara sama berlaku di zaman PH.

Menurut portal pengisytiharan harta SPRM, pendapatan Salahuddin sekarang sebagai menteri pertanian dan wakil rakyat, ia mencecah RM67k sebulan.

Gaji sebesar itu sangatlah tidak berbaloi sekiranya beliau menumpukan tenaga dengan kerja membodek sahaja!

Lakukan kerja dengan sebetulnya! Harga bahan mentah, daging, ayam, telur, ikan, cili, sayuran segalanya makin naik sekarang. Harga baja, dedak ayam juga turut meningkat membebankan petani dan penternak. SST sebesar kuman pun tak membantu menurunkan harga. Itulah kemelut sebenar yang wajar diatasi oleh menteri pertanian.

Tapi yang dipilihnya adalah membuat video propaganda menangis atas pentas? Yang dipilihnya membodek perdana menteri? Menghabiskan beras sahaja!- Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: