Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Celcom dan Digi bakal bergabung, saham majoriti milik asing.

3 min read

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Celcom dan Digi akan menjadi syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dalam tahun 2019, berikutan Axiata Group Berhad dan Telenor ASA mengumumkan bahawa mereka akan bergabung.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Axiata berkata kedua-dua pihak akan berusaha untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh suku ketiga 2019, yang bakal menyaksikan Telenor menjadi pemegang saham majoriti dengan jangkaan 56.5 peratus pemilikan manakala 43.5 peratus oleh Axiata.

Kata kenyataan itu lagi, penggabungan ini adalah selari dengan tujuan mencipta “Juara Global”.
Menurut pengerusi Kumpulan Telenor, Gunn Wærsted,penggabungan tersebut adalah bertujuan untuk mewujudkan sebuah syarikat telekomunikasi dan infrastruktur terkemuka di seluruh Asia.
9e55f4abed5d5a3fa52670e64907b74e
Gunn Wærsted, Penegerusi Kumpulan Telenor yang berpangkalan di Norway

“Bersama-sama, kami berhasrat untuk mewujudkan sebuah syarikat telekom dan infrastruktur seluruh Asia terkemuka dan pelbagai kepelbagaian dengan potensi sinergi yang besar dan operasi serantau yang kukuh. Strategi Telenor untuk membangun dan mewujudkan nilai dari aset telekomunikasi teras kami di rantau Nordic dan Asia. Penggabungan potensi ini selaras dengan strategi yang ditetapkan oleh Lembaga dan Pengurusan, “ – Gunn Wærsted, Pengerusi Kumpulan Telenor.

Sigve Brekke, Presiden dan CEO Kumpulan Telenor pula berkata pengggabungan ini akan mewujudkan nilai penting bagi para pemegang saham dan akan memberikan manfaat kepada pelanggan.

images
Sigve Brekke, Presiden dan CEO Kumpulan Telenor

“Dengan mewujudkan salah satu pemain telekom terkemuka di Asia; dengan operasi serantau yang kukuh di sembilan negara dan hampir 300 juta pelanggan, kami akan menggabungkan skala dan kecekapan, dengan itu membuka sinergi yang besar. Saya yakin ini akan mewujudkan nilai penting bagi para pemegang saham dan akan memberi manfaat kepada pelanggan kami, “– Sigve Brekke, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Telenor Group.

Telenor merupakan syarikat telekomunikasi multinasional Norway beribu pejabat di Fornebu di Bærum, berdekatan dengan Oslo. Ia merupakan salah satu syarikat telekomunikasi mudah alih terbesar dunia dengan operasi di seluruh dunia, memberi tumpuan kepada Scandinavia, Eropah Timur dan Asia.
Syarikat tersebut mula menjejakkan kaki di Malaysia melalui Digi.
Penggabungan Celcom dan Digi ini  dijangka selesai pada suku keempat tahun ini, sementara proses untuk mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa, termasuk Bursa Malaysia sedang dijalankan.
Sebelum ini, ketika saham Proton dibeli oleh syarikat Geely sebanyak 49.9%, Tun Dr Mahathir mendakwa ia telah menjadi milik pihak asing.

Proton, buah fikiran saya, sudah dijual. Ia permulaan kepada penjualan lebih besar. Lama-lama, kita akan kehilangan negara kita, negara yang sememangnya hebat, yang dimiliki orang lain. Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. Anak saya hilang. Tak lama lagi, negara saya. Maafkan saya,” – Tun Dr Mahathir. 

Sekiranya penggabungan Celcom-Digi menjadi kenyataan, pihak asing iaitu Norway melalui Telenor akan menjadi pemegang saham terbesar syarikat baru itu nanti  dengan pegangan majoriti 56.5% saham manakala bakinya oleh Axiata.
Pada perkembangan sama, CEO Axiata, Jamaludin berkata syarikat tersebut telah mendapat kelulusan Khazanah berhubung cadangan penggabungan ini.
1522690510_mahathir_mohamad_030118_tmiseth_02__full (1)
Perdana menteri, Tun Dr Mahathir. Pengerusi Khazanah Tun Dr Mahathir juga.
Untuk rekod, Khazanah adalah pemegang saham terbesar Axiata dengan pegangan 37.2% manakala Pengerusi Khazanah adalah perdana menteri, Tun Dr Mahathir. – Buletin TTKM- 
Kenyataan penuh Axiata:
1
2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: