Jika Iran-Israel berperang, majoriti umat Islam Malaysia akan sokong rejim Israel – SUA Mat Sabu.

Kuala Lumpur, 6 Mei : Setiausaha akhbar kepada  Menteri Pertahanan, Amin Iskandar atau lebih dikenali sebagai Black berkata sekiranya berlaku peperangan di antara negara Iran dan Israel, majoriti umat Islam Malayia akan memberikan sokongan kepada rejim Israel.

Black berkata demikian dalam satu artikel yang disiarkan di portal Malaysiakini. 

“Jika berlaku perang antara Iran dan Israel, siapakah bakal disokong oleh majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam? Sudah tentulah majoriti umat Islam di Malaysia akan memberikan sokongan kepada rejim Zionis Israel.” – Amin Iskandar

Perkara ini menurutnya adalah kerana pegangan mazhab Syiah negara Iran serta mereka sujud ketika solat di atas ‘tanah karbala’ dan perkara ini tidak pula dilakukan oleh Israel.

“Ini kerana majoriti umat Islam di Iran bermazhab Syiah dan bersujud di atas tanah Karbala.Sedangkan Israel merupakan sekutu rapat kepada Arab Saudi yang menjadi pujaan kepada majoriti umat Islam di Malaysia dan mereka tidak bersujud di atas tanah Karbala. Beginilah cara umat Islam di Malaysia melihat politik di Timur Tengah. Jika tidak percaya cuba ikuti perdebatan dunia Islam di Malaysia.” – Amin Iskandar

Sebelum ini tular gambar menteri pertahanan, Muhamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bersolat dengan tanah karbala atau turba diletakkan di bahagian tempat sujud, yang merupakan amalan mazhab syiah.

Ketika itu, Setiausaha Mat Sabu,  Black tampil mempertahankan boss beliau dengan mengatakan perkara demikian telah menjadi tradisi di masjid-masjid di Iran.

Katanya, turbah diletakkan di atas semua sejadah termasuk sejadah milik orang kenamaan (VIP) dan terpulang kepada individu yang menunaikan solat untuk sujud pada sejadah tersebut.

“Semua orang tanpa kecuali, apatah lagi sejadah VIP. Tinggal lagi terpulang kepada kita nak sujud di mana,” – Amin Iskandar

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.