Sejak bila abang sendiri boleh jadi wakil KBS?

Oleh : Editorial TTKM

Kuala Lumpur, 6 Mei: Kehadiran Encik Syed Abdullah, abang kepada menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai tetamu kehormat ketika pelancaran “MALAYSIA ESPORTS SELECTION FOR SEA GAMES 2019” pada 4 Mei lepas, mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendakwa ia terdapat unsur nepotisme.

59649249_2188626931213782_3127627014949830656_o.jpg
Encik Syed Abdullah, abang kepada Syed Saddiq empat dari kanan. Gambar dari FB Esports Malaysia .

Melalui hantaran di laman facebook Esports Malaysia, tetamu kehormat yang dijemput untuk majlis tersebut adalah:

  1. Yang Berbahagia Dato’ Ananth S. Nathan, President of eSports Malaysia and Deputy President of Asian Electronic Sports Federation,
  2. Yang Berusaha En Syed Abdullah, brother of Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Minister of Youth and Sports.
  3. Yang Berusaha En Encik Hisyam Darus, Secretary of eSports Malaysia and President of eSports Kuala Lumpur
  4. Yang Berusaha En Azlan Ismail, Deputy Secretary of eSports Malaysia
  5. Yang Berusaha En Afiq Fadhli Narawi, Presiden of Sarawak eSports Association
  6. Yang Berusaha En Muhammad Muzakkir Bin Nurmubin, President of Kedah eSports Association
  7. Yang Berusaha En Faries Faizal, President of eSports Negeri Sembilan

-Esports Malaysia facebook. 

Jika dilihat 7 senarai nama tetamu kehormat di atas, semuanya mewakili organisasi masing-masing.

59129495_2188626917880450_1006910814319280128_o.jpg
Syed Abdullah, abang kepada Syed Saddiq tertawa ketika memegang konsol permainan video. Gambar kredit FB Esports Malaysia. 

Dengan jelas nama ke dua, Syed Abdullah tertera sebagai abang kepada Syed Saddiq, menteri belia dan sukan.

Apakah jawatan beliau dalam kementerian belia dan sukan?

Jika beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam KBS, hanya sebagai abang kepada Syed Saddiq, maka tidak wajarlah beliau dijemput dengan memetik nama kementerian kerana ia akan mengundang imej buruk nepotisme!

Kami mendapati  laman facebook Esports Malaysia telah menyunting hantaran tersebut semalam setelah dikritik netizen dengan  membuang nama abang Syed Saddiq.

Kami simpan bukti ‘edit history’  seperti di bawah:

esport2

Kami mendesak Syed Saddiq supaya menjawab isu ini dengan kadar segera.

-Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.