Oleh : Editorial TTKM
Kuala Lumpur, 6 Mei: Kehadiran Encik Syed Abdullah, abang kepada menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai tetamu kehormat ketika pelancaran “MALAYSIA ESPORTS SELECTION FOR SEA GAMES 2019” pada 4 Mei lepas, mengundang kritikan pelbagai pihak yang mendakwa ia terdapat unsur nepotisme.

Melalui hantaran di laman facebook Esports Malaysia, tetamu kehormat yang dijemput untuk majlis tersebut adalah:
- Yang Berbahagia Dato’ Ananth S. Nathan, President of eSports Malaysia and Deputy President of Asian Electronic Sports Federation,
- Yang Berusaha En Syed Abdullah, brother of Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Minister of Youth and Sports.
- Yang Berusaha En Encik Hisyam Darus, Secretary of eSports Malaysia and President of eSports Kuala Lumpur
- Yang Berusaha En Azlan Ismail, Deputy Secretary of eSports Malaysia
- Yang Berusaha En Afiq Fadhli Narawi, Presiden of Sarawak eSports Association
- Yang Berusaha En Muhammad Muzakkir Bin Nurmubin, President of Kedah eSports Association
- Yang Berusaha En Faries Faizal, President of eSports Negeri Sembilan
-Esports Malaysia facebook.
Jika dilihat 7 senarai nama tetamu kehormat di atas, semuanya mewakili organisasi masing-masing.

Dengan jelas nama ke dua, Syed Abdullah tertera sebagai abang kepada Syed Saddiq, menteri belia dan sukan.
Apakah jawatan beliau dalam kementerian belia dan sukan?
Jika beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam KBS, hanya sebagai abang kepada Syed Saddiq, maka tidak wajarlah beliau dijemput dengan memetik nama kementerian kerana ia akan mengundang imej buruk nepotisme!
Kami mendapati laman facebook Esports Malaysia telah menyunting hantaran tersebut semalam setelah dikritik netizen dengan membuang nama abang Syed Saddiq.
Kami simpan bukti ‘edit history’ seperti di bawah:
Kami mendesak Syed Saddiq supaya menjawab isu ini dengan kadar segera.
-Buletin TTKM-