(Video) Menteri kewangan “DAP” yang selamatkan Tabung Haji dari bankrap! kata Mat Sabu

Sandakan, 6 Mei: Menteri pertahanan merangkap presiden parti Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Tabung Haji telah diselamatkan dari bankrap oleh Lim Guan Eng, menteri kewangan dari parti DAP.

“Oh orang kata sekarang Tabung Haji ni Cina pegang. Hei! Menteri kewangan (dari ) DAP inilah selamatkan tabung haji. Yang curi tabung haji ni bukan cina, (tapi) Melayu!” – Mat Sabu

Beliau berkata demikian pada ceramah umum bagi calon DAP Vivian Wong Shir Yee untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan malam semalam.

Sebelum itu, Mat Sabu seperti penglipur lara menceritakan dialog beliau dengan menteri kewangan tersebut.

“Saya tanya Lim Guan Eng, Menteri kewangan kita, berapa juta perlu nak selamatkan Tabung Haji? Saya ingat RM20-RM30 juta, Seminggu lagi dia datang “Bang Mat, nak selamatkan Tabung Haji perlukan RM17 bilion.” – Mat Sabu.

Mat Sabu kemudian menambah, Tabung Haji perlu diselamatkan dari bankrap kerana sekiranya perkara itu berlaku, agensi perangkaan antarabangsa Moody akan meletakkan rating yang rendah yang akan mengakibatkan pelaburan asing menarik diri dari melabur.

Selain itu, ia juga untuk mengelakkan Malaysia jatuh bankrap seperti negara Greece.

“Bayangkan tuan-tuan, wang kita, wang cukai rakyat, sepatutnya boleh dibuat pembangunan sekaraang digunakan untuk selamatkan Tabung Haji. kerana Kalau tidak diselamatkan, harta TH lebih kurang RM80 bil, rating dari Moody , kalau TH bankrap maka Moody akan letakkan rating jatuh, pelabur asing pun akan tarik balik pelaburan mereka, yang nak datang, tak datang, Malaysia boleh bankrap macam Greece. Untuk menyelamatkan keadaan itu, kabinet bincang beberapa kali akhirnya bersetuju RM17bil disuntik untuk selamatkan Tabung Haji.” – Mat Sabu.

video ehsan KinitV:

Pilihanraya kecil Sandakan akan diadakan pada Sabtu ini setelah penyandangnya meninggal dunia.

Mat Sabu dan Lim Guan Eng menjalinkan persabahatan sejak mereka berdua merengkok di kem ISA Kamunting ketika  Ops lalang yang ketika itu perdana menterinya adalah Tun Dr Mahathir.

 

– Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.