Sun. May 26th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

(VIDEO) “TMJ budak kecil, bodoh” – Tun M.

2 min read

Tun M dan TMJ, gambar oleh The Star

PUTRAJAYA: Perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) adalah “budak kecil” dan “bodoh”, selain meminta baginda supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai perkara-perkara di luar pengetahuannya.

“Saya tidak mahu komen mengenai Sultan Johor. Kerana jika saya berkata apa-apa, ia adalah tidak baik, kerana baginda adalah Sultan. Tetapi TMJ, baginda adalah budak kecil…bodoh kerana tidak tahu apa yang berlaku. Kalau tidak tahu apa-apa jangan bercakap” – Tun Dr Mahathir.

Video ehsan KiniTV:

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan TMJ yang berkata kebaikan yang dilakukan oleh Istana Johor tidak dihebahkan.

“Berapa banyak Tanah tanah Sultan Johor yang di beri kepada Rakyat dan Kerajaan senjak dulu hingga ke hari ini? Berjuta duit Kurniaan kepada kerajaan? DYMM selesaikan hutang Kerajaan masa tahun ke dua jadi Sultan. Berapa Juta ke Yayasan Yayasan? Benda baik tidak di kongsi.” – TMJ.

TMJ sebelum itu turut mendakwa kerabat diraja johor menjadi mangsa “pembunuhan karakter”.

Sejak 1897 kami berniaga. Allowance di serahkan kepada Yayasan. No news. Tuan tuan. We are living in a world of perception. This is what you call Character assassination. – TMJ.

Kenyataan putera mahkota itu dikeluarkan  selepas suatu laporan oleh Malaysiakini “memetik sumber yang tidak dinamakan” yang mendakwa projek RTS terganggu secara tidak langsung  kerana sebidang tanah persekutuan yang diperuntukkan untuk Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) itu telah dipindah milik ke atas nama sultan.

Tangkap layar laporan Malaysiakini. Portal tersebut kerap menaikkan berita dengan memetik “sumber yang tidak dinamakan”.

Pihak Istana Johor kemudian mengeluarkan kenyataan kekecewaan Sultan Johor dengan laporan berita tersebut, selain menambah bahawa baginda tidak dimaklumkan bahawa tanah tersebut terlibat dengan projek RTS.  Walau bagaimanapun, baginda bersedia untuk menyerahkan kembali tanah itu tanpa kos dengan syarat projek tersebut mesti diteruskan segera. – Buletin TTKM-

Hingga hari ini, baginda tidak pernah dimaklumkan mengenai tanah milik baginda akan terbabit untuk projek RTS itu. Namun, baginda bertitah, jika benar tanah milik baginda di Bukit Chagar itu terbabit untuk projek RTS, maka baginda berkenan menyerahkan tanah itu kepada kerajaan tanpa sebarang kos. Ia dengan syarat projek RTS ini mesti diteruskan segera kerana baginda amat memahami derita rakyat yang terpaksa berulang-alik ke Singapura.Sebagaimana yang sering ditegaskan bahawa kepentingan rakyat dan kerajaan sentiasa menjadi keutamaan baginda dan setiap isu haruslah dibawa berbincang secara muafakat,” – Dato Haji Jaba Mohd Noah, Setiausaha Sulit DYMM Sultan Johor. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: