Wajarkah cermin gelap? Ingatkah kita kisah pembunuhan arwah Noor Suzaily?

Oleh : Iqbal Ikhwandy

Jom kita #throwback sikit.

Masih ingat dengan kes bunuh arwah Noor Suzaily Mukhtar pada tahun 2000?

Noor Suzaily telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam di dalam sebuah bas ekspres oleh pemandunya, sekaligus meragut nyawanya. Selain dirogol dan diliwat, mangsa turut dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan pada tubuhnya.

Arwah Noor Suzaily

Gadis malang ini telah mengetuk cermin bas dan cuba utk keluar mengikut pintu kecemasan, tetapi driver bas terlebih dahulu telah menguncikan semua pintu melalui suiz automatik yang terdapat di panel pemandu.

Ditambah pula dengan KEADAAN CERMIN YANG GELAP, sukar bagi orang yang berada di luar dan sekitar bas untuk nampak dan bantu Noor Suzaily.

Mayat mangsa dicampak di kawasan perumahan yang masih dalam pembinaan di Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dicampak dalam keadaan bogel.

Saya pernah menonton dokumentari TV3 berkenaan dengan kes bunuh ini dahulu. Menurut dokumentari tersebut, ada seorang budak sekolah yang menaiki basikal ternampak bas tersebut lalu pada masa ianya dikatakan sedang dilencongkan oleh pemandu bas, iaitu bermakna pada masa Noor Suzaily Mukhtar sedang mengetuk-ngetuk cermin bas sambil menjerit.

Malangnya ianya tidak mampu dilihat dari luar kerana CERMIN GELAP bas tersebut. Pengulas ada menyebut, jika budak sekolah tersebut nampak saat cemas Noor Suzaily pada detik itu, mungkin keadaan dapat diselamatkan.

Inilah bahayanya jika cermin gelap dibenarkan kembali. Isu ini melangkaui dan bukan isu politik sama sekali, tetapi isu yang sangat penting iaitu keselamatan masyarakat dan jenayah.

Insiden yang menimpa Noor Suzaily ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuk orang-orang di sekeliling kita.

Kes rogol, culik dan bunuh semakin sukar untuk dicegah dan dipatahkan. Kenyataan saya ini bukan sekadar omong kosong malah turut sejajar dengan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias yang berkata tugas polis dalam penguatkuasaan akan menjadi sukar.

Sebagai rakyat biasa, saya amat berharap Kerajaan dapat mengubah semula keputusan berkenaan dengan cermin gelap ini sekaligus berhenti mengumumkan dasar-dasar baru yang kelihatan ‘mesra jenayah’ seperti ini.

Sebuah dasar ataupun keputusan Kerajaan haruskan komprehensif dan holistik demi kemashalatan masyarakat. Dasar baru cermin gelap ini terbukti tidak komprehensif dan holistik apabila Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM sendiri tidak dibawa berbincang dan tidak bersetuju dengan perkara ini.


Iqbal Ikhwandy
8 Mei 2019
3 Ramadhan


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.