13 Mei: Setelah dikecam netizen, Malaysiakini tukar tajuk berita

Petaling Jaya, 13 Mei : Portal berita  Malaysiakini sebentar tadi telah menukar tajuk artikel mengenai peristiwa 13 mei setelah dikecam netizen.

Tajuk artikel yang berunsur ‘clickbait’ dan provokasi itu pada awalnya adalah ” Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang’ sebelum ditukar kepada  tajuk “Gadai nyawa selamatkan jiran pada 13 Mei 1969″.

Terdahulu, tajuk awal yang menampakkan seolah-olah mangsa 13 Mei bertumpu hanya kepada kaum Cina itu telah mendapat kecaman netizen.

Berikut beberapa komen netizen yang ditulis di laman facebook Malaysiakini (BM):

Na Ai M Malaysia Baharu. Buat apa nak ulas sejarah hitam. Melainkan ada agenda tertentu utk memburukkan bangsa Melayu. Headline saja pun dah provokatif. Dgn situasi renggang antara kaum, diulas, diperah, diungkit dan dijaja pulak cerita ni kembali. Kalau betul nak sgt, silakan. Kami alu2kan.

Ahmad Naim Ibrahim Jahat la admin ni. Ad niat y kejj. Hari ni shaja da byk kali up psal 13 mei ni. For what. Utk ap. Ko sengaja nk tmbulkn ketegangan kan.

Hafiz Mat Rozi Fuh… Dari pagi sampai ke malam dia naikkan berita 13 Mei yg berputar belit seluruh alam !penulis yg rasis, peceritaan cerita lebih ke arah seperti memberitahu melayu yg salah, melayu bunuh, melayu bakar kereta…kenapa mesti takut dgn bayang2 kesalahan sendiri?

Muhammad Al-Hafiz Perusuh cina menyelinap dalam panggong Wayang kemudian paparkan bahasa cina di layar wayang. Bila semua orang cina dah keluar dalam panggung tersebut dan hanya tinggal orang melayu, waktu itulah perusuh cina menyerang orang-orang melayu di dalam panggung tersebut dan ada yang mati. So macam mana nak kira ni ?

David Iron Biarlah sy komen yang terakhir dlm artikel ni..
JANGAN LAYAN PROPAGANDA PERCUBAAN MENUKAR SEJARAH SEBENAR.

Andak ZR Apa motif MK siar artikel sebegini..dicanang sana sini agar rakyat memelihara keharmonian negara dgn menolak sebarang @ apa jua isu berkaitan rasism tetapi sebaliknya portal berita MK bermaharajalela malah semakin galak dgn seharian (hari ini) terus menerus membangkitkan isu sensitif ini dgn mengulangsiar artikel seperti ini..harap ada action dr pihak berkuasa..

Selvam Thamalingam Malaysiakini tak payah la nak ulang2 balik cerita yang sama buat batu api ja.

Untuk rekod, portal Malaysiakini sebelum ini memang kerap menukar tajuk ‘clickbait’ artikel atau beritanya apabila mendapat kritikan masyarakat.

Hari ini, portal tersebut menyiarkan beberapa artikel dan wawancara khas mengenai peristiwa 13 Mei sempena ulang tahun tragedi hitam tersebut, tetapi ia dikecam netizen kerana didakwa  berat sebelah. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.