13 Mei: “Laporan kami seimbang! Kami percaya ketelusan!” – Malaysiakini

Steven Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini dan Premesh Chandran, CEO Malaysiakini. Gambar oleh Norman Goh, Malaysiakini

(Gambar dari kiri : Steven Gan, Ketua Pengarang Malaysiakini dan Premesh Chandran, CEO Malaysiakini. Gambar oleh Norman Goh, Malaysiakini)

Kuala Lumpur, 16 Mei : Portal Malaysiakini tampil mempertahankan artikel mereka mengenai liputan khas 13 Mei 1969 dengan mendakwa ia adalah seimbang walaupun menerima pujian serta kritikan.

Tambah portal itu lagi, golongan  yang mempercayai liputan yang dibuat mengenai 13 Mei  sebagai tidak seimbang dan mengelirukan adalah  termasuk juga mereka yang menyebarkan gambar dan akaun media sosial wartawan yang terbabit dalam laporan tersebut.

“Mereka yang menghargai kerja (liputan 13 mei)  tersebut, memuji portal di atas keberanian dan penggunaan teknologi untuk melaporkan isu yang sudah lama dianggap sebagai pantang (taboo). Yang lain, termasuk yang menyebarkan gambar dan akaun terperinci media sosial milik wartawan yang terlibat dalam projek ini, mempercayai bahawa laporan adalah berat sebelah dan mengelirukan” – Malaysiakini. 

Portal itu kemudian menggariskan beberapa faktor bagi mempertahankan dakwaan bahawa liputan mereka adalah seimbang “kerana sebagai organisasi berita, Malaysiakini mempercayai ketelusan, dan menghargai pandangan audiensnya, sama ada bunga atau batu-bata”

Faktor pertama: Pasukan wartawan  laporan 13 mei terdiri dari pelbagai kaum

“Untuk mengurangkan berat sebelah etnik, kami memastikan pasukan itu pelbagai kaum. Walau bagaimanapun, kerana projek ini bertujuan untuk golongan muda Malaysia – satu kumpulan yang pengetahuan tentang insiden ini sukar didapati tetapi yang harus menanggung stigma yang sama – kebanyakan pasukan berusia 35 tahun ke bawah.” – Malaysiakini.

Faktor kedua: Memberikan naratif berbeza yang membawa kepada 13 Mei. 

“Pada satu hala spektrum adalah pandangan bahawa rusuhan itu adalah tindakan keganasan komuniti spontan, yang dipicu oleh tingkah laku penyokong pembangkang yang meraikan keputusan pilihan raya umum 1969.

Di sisi lain adalah pandangan bahawa ia secara politik dirancang sebagai sebahagian daripada rampasan kuasa untuk menggulingkan perdana menteri itu Tunku Abdul Rahman.

Pasukan cuba mengimbangi artikel dengan merujuk kepada akaun rasmi acara oleh Majlis Operasi Nasional (Mageran), artikel akhbar yang diterbitkan pada masa itu dan penerbitan akademik dan buku utama tentang kejadian itu. – Malaysiakini.

Faktor ketiga : Bahagian kesaksian dari saksi yang ditemuramah jika bercanggah dengan dokuman akan  dibuangkan. 

“Pasukan ini juga mengadakan temubual dengan saksi mata dan cerita mereka dibandingkan dengan dokumen di atas (laporan Mageran, artikel akhbar, penerbitan akademik dan bukuP)  untuk memastikan bahawa garis masa dan lokasi adalah munasabah. Jika mereka bercanggah dengan cerita lain, bahagian kesaksian itu telah dibuangkan.

Bahagian yang tidak dapat disahkan hanya diterbitkan jika mereka tidak menyimpang dari garis masa Mageran, membuat tuduhan yang serius dan tidak berasas atau mempunyai konotasi yang teruk.

Perkara yang sama berlaku untuk insiden yang saksi mengatakan mereka telah mendengar telah berlaku, tetapi tidak melihat sendiri.” – Malaysiakini. 

Faktor keempat: Pemilihan istilah Rusuhan 13 Mei, dan bukan Rusuhan Kaum 13 Mei.

“Pasukan itu (wartawan malaysiakini) juga mengadakan perbincangan panjang mengenai penggunaan istilah tertentu. Sebagai contoh, kami memilih ‘rusuhan 13 Mei’ dan bukannya ‘rusuhan kaum 13 Mei’ supaya tidak mengambil iktibar dalam cerita bersaing sama ada ia adalah keganasan komuniti spontan atau kejadian yang dirancang secara politik” – Malaysiakini. 

Untuk rekod, laporan Malaysiakini mengenai 13 Mei menerima kritikan teruk netizen kerana pemilihan tajuk yang kontroversi dan berunsur ‘clickbait’ tanpa mengambil kira sensitiviti kaum.

Diruang komen Malaysikini dan akaun facebook CEOnya Premesh Chandran,  menjadi sasaran tentera membawang dan dipenuhi komen negatif dan berunsur rasis.

Selain itu, Malaysiakini juga dikecam kerana Nota Editor yang menyatakan tidak semua fakta dalam artikel-artikel 13 Mei yang disiarkan dapat disahkan.

60128396_2444783922418555_1608023300217241600_o.png

Pada 13 Mei lepas, satu artikel Malaysiakini mengenai insiden tersebut bertajuk ” Pada 13 Mei 1969, satu kampung Cina diserang” dikritik netizen kerana menggambarkan seolah-olah hanya satu komuniti sahaja diserang. Selepas 12 jam, Malaysiakini kemudian menukarkan tajuk tersebut kepada “Gadai nyawa selamatkan jiran pada 13 Mei 1969”

Untuk rekod, portal Malaysiakini sebelum ini didapati kerap menukar tajuk ‘clickbait’ artikel atau beritanya apabila mendapat kritikan masyarakat. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.