Digelar anjing: MP Labis lapor polis, mungkin saman admin FB Ops Johor.

Gambar dari Sinar Harian

Petaling Jaya, 19 Mei: Anggota Parlimen Labis Pang Hok Liong membuat laporan polis terhadap hantaran Facebook yang didakwa berunsur fitnah yang menaikkan gambar lawatannya ke Masjid Jamek Tenang Stesen pada Jumaat minggu lalu, lapor Malaysiakini.

Dalam laporannya itu, Pang merujuk satu hantaran oleh laman Facebook Ops Johor yang meletakkan kapsyen, “Adun Tenang; bawa masuk anjing dalam masjid?”.

“Kenyataan tersebut membuatkan saya tersinggung dan tidak senang hati kerana saya adalah dijemput dan saya cuma menyalurkan sumbangan saya kepada semua masjid dan surau (termasuk) di Masjid Jamek Tenang Stesen pada 10 Mei 2019 (Jumaat).

“Tindakan ini adalah untuk menunaikan obligasi saya sebagai seorang ahli parlimen yang bertangungjawab dan prihatin terhadap kawasan saya .. bagi membantu masjid dan surau sempena bulan Ramadan,”Pang Hok Liong

Tambah Pang lagi, hantaran tersebut  menjadikan lawatannya sebagai satu isu perkauman yang tidak menyenangkan hati orang awam.

Sementara itu, Free Malaysia Today melaporkan Pang mempertimbang untuk menyaman admin laman facebook itu.

“Bagaimana admin tersebut boleh menggelar saya sebagai anjing hanya kerana saya melakukan tugas saya sebagai MP di kawasan parlimen saya? Saya harap polis akan mengesan admin tersebut secepat  mungkin dan siasat mereka kerana fitnah jenayah. Saya mungkin akan menyaman admin terbabit” –Pang Hok Liong

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyatakan rasa murka terhadap tindakan seorang ahli politik DAP yang dianggap mencabul kesucian Islam apabila berpolitik dalam masjid.

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang terlibat melakukan pelanggaran dan pencabulan terhadap perkara ini mengikut peruntukan enakmen, pekeliling dan arahan yang sedang berkuatkuasa.

SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR, saya tegaskan sekali lagi dan tidak apologetikuntuk mengambil pendirian bahawa demi menjamin kesucian, ketertinggian agama Islam dan maruah serta martabat umat Islam, keharmonian, perpaduan dan kesatuan di antara pelbagai kaum dan agama dapat terus dinikmati oleh Bangsa Johor, semua aktiviti ahli politik di masjid dan surau di Negeri Johor Darul Ta’zim hendaklah segera dihentikan dan pencabulan yang telah berlaku tidak boleh berulang lagi.

INSAF DAN SEDARLAH SEMUA PIHAK SEBAGAI BANGSA JOHOR, kita hendaklah mematuhi cara hidup, budaya, etika, disiplin, dan adab mulia yang menjadi amalan di Negeri Johor Darul Ta’zim zaman berzaman.” – Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar 

Bagaimanapun, Pang mendakwa tidak tahu mengenai pekeliling tersebut. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.