June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Senarai hitam imigresen, ini transkrip penuh pengerusi PTPTN.

Kuala Lumpur, 19 Mei: Isu senarai hitam imigresen bagi peminjam PTPTN yang tidak membuat pembayaran pinjaman menjadi panas gara-gara kenyataan pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan yang didakwa mencadangkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, kini beliau dilaporkan secara peribadi tidak bersetuju pula dengan cadangan tersebut.

Buletin TTKM meneliti video ucapan beliau dan berikut kami siarkan transkrip penuh berdasarkan video tersebut untuk penilaian pembaca:

“Isu senarai hitam imigresen ini, semasa kita mula-mula mengatakan kita nak mansuhkan ada orang yang membantah dan bantahan itu adalah disebabkan ada memberikan pandangan bahawa :

“Kami ini bayar secara berdisiplin, setiap bulan, tapi kerajaan memberi keistimewaan kepada mereka yang tidak membayar. Kami membayar tidak mendapat insentif, mereka yang tidka membayar pula diberikan pelepasan. Jadi kenapa mereka yang tidak membayar diberi keistimewaan”.

JAdi itu yang meneyebabkan ada bantahan apabila kita menghapuskan senarai hitam imigresen. Tetapi kita laksanakan juga. di waktu yang sama apabila kita ada sesi-sesi engagement yang kita lakukan, ada pandangan yang mengatakan ianya berkesan. dan disamping itu bagi mereka yang culas ya, yang tak pernah bayar walaupun mampu, yang mungkin ada kemampuan tinggi, maka perlu ada tindakan-tindakan, sekatan-sekatan yang tegas kepada mereka untuk memastikan mereka berdisiplin dan bertanggung jawab demi masa depan peminjam-peminjam akan datang.

Dalam sesi konsultasi ini, saya rasa setakat ini kita tidak mngambil sikap Ya atau Tidak dalam mana-mana idea dan kita akan terima pandangan semua daripada rakyat dan selepas itu kita akan angkat pandangan-pandangan yang diberikan oleh rakyat itu kepada peringkat kementerian.

Jadi kalau sekiranya di peringkat kementerian dan kabinet mengatakan bahawa ada sekatan-sekatan tertentu yang perlu diperkenalkan, kita akan laksanakan. Taqpi keputusan itu bukan ditangan kitalah kiranya. Itu perlu dibuat oleh pihak kementerian.

(Soalan wartawan: Jadi untuk lebih jelas, walaupun anda mungkin akan memperkenalkan kembali larangan perjalanan, pada akhirnya, adakah kerajaan yang akan membuat keputusan untuk melaksanakannya?)
Ya. Semua sekatan-sekatan yang disenaraikan tadi adalah cadangan yang kita dapat daripada sesi engagement sebelum ini. Kalau sekiranya ini juga yang kita dengar daripada konsultasi kita dalam jangkamasa tiga minggu yang kita adakan konsultasi ini, maka kita akan angkat ke peringkat atasan. Sama ada dilaksanakan atau tidak, itu saya tak boleh jawab sekarang sebab kita akan kumpulkan semua idea.” – Wan Saiful Wan Jan. 

Video ehsan KiniTV:

Pada Jun tahun lepas, senarai hitam imigresen bagi peminjam PTPTN seramai  429,945 telah dihapuskan.

Manifesto PH pada PRU 14 sebelum ini menjanjikan pengangguhan pembayaran pinjaman PTPTN selagi gaji peminjam tidak mencecah RM4000 sebulan. Walau bagaimanapun, janji tersebut bertukar hancing dan tidak dapat dilaksana apabila kerajaan melakukan pusingan-U dengan menggunakan alasan hutang RM1 trilion. – Buletin TTKM- 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: