Sat. Sep 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Ugut OCPD: Pengerusi DAP Jerantut ditahan

1 min read

KUANTAN: Polis menahan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong, hari ini bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut OCPD Superintendan Mazlan Hassan, Khamis lalu.

Berita Harian memetik Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad sebagai berkata Why Keong ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, pada jam 3 petang tadi selepas dipanggil bagi memberi keterangan.

“Kita panggil dia untuk bantu siasatan berhubung ugutan menerusi aplikasi WhatsApp yang dilakukannya terhadap OCPD (ketua polis daerah) baru-baru ini.

“Why Leong kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai merekodkan keterangannya,”  – Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, Ketua Polis Pahang,

Difahamkan laporan polis dibuat Mazlan kelmarin selepas menerima mesej berbaur ugutan daripada Why Leong melalui aplikasi WhatsApp.

Buletin TTKM difahamkan Pengerusi DAP Jerantut itu didakwa memberikan mesej berikut” Sesiapa lawan PH, akan datang dia pun tak boleh aman” kepada OCPD Jerantut itu  melalui aplikasi whatsapp.

Ia dipercayai berpunca daripada operasi pegawai dan polis terhadap penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya turut merampas telefon bimbit Why Leong bagi tujuan melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan secara adil dan profesional akan dilakukan pihaknya serta meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi hingga boleh mengganggu siasatan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan Loo namun tidak dapat mengulas lanjut kerana berada di luar negara. – Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: