June 18, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Wanita itu yang goda saya!

Gambar dari Malaysiakini.

Petaling Jaya, 19 Mei : “Plot twist” bagaikan filem tamil. Ahli Parlimen PKR Sungai  Siput, Kesavan Subramaniam kini mendakwa wanita yang dikatakan bekas pembantunya itulah yang menggoda beliau dalam kes gangguan seksual yang sedang disiasat polis.

Dalam bulan september 2018, Kesavan berkata mula berasa tidak senang dengan sikap wanita itu yang “bertukar dari seorang yang mahu menjadi kawan, kepada seorang yang mempunyai perasaan terhadap saya”

Ahli parlimen PKR itu turut menafikan tuduhan bahawa beliau telah melakukan gangguan seksual terhadap wanita tersebut, malah  sebaliknya mendakwa wanita tersebutlah yang pertama kali melakukan perkara itu terhadapnya, menurut laporan The Star. 

Dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam, Kesavan berkata beliau dihubungi wanita terbabit dua tahun lepas yang menawarkan diri sebagai sukarelawan ketika beliau merupakan ahli dewan undangan negeri Hutan Melintang.

“Ketika saya menjadi ahli parlimen Sungai Siput, wanita itu memberitahu saya bahawa dia mahu membantu saya sebagai sukarelawan.” – Kesavan Subramaniam

Sambil menambah walaupun wanita itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, Kesavan mendakwa wanita itu menelefonnya setiap hari dan akan dimarahi jika tidak menjawab panggilannya.  

Kesavan turut mendakwa bahawa wanita itu juga mula menyebarkan cerita fitnah mengenai isterinya.

Tambah Kesavan lagi, beliau tidak mahu menaikkan perkara tersebut sebelum ini kerana berasa kasihan kepada wanita itu.

“Saya akan memberikan kenyataan kepada pihak berkuasa dan memberikan sepenuh kerjasama, termasuk menyerahkan bukti gangguan untuk memusnahkan keluarga saya” – Kesavan. 

Menurut Kesavan, beliau mempunyai rumahtangga yang bahagia dan tidak akan memusnahkannya dengan mengadakan hubungan lain.

Kenyataan Kesavan dikeluarkan kerana terdapat satu laporan polis dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa Kesavan melakukan gangguan seksual terhadapnya.

Dalam laporan polis itu, wanita terbabit mendakwa ahli parlimen PKR itu memanggilnya dengan nama “ammu” dan “cayang”, serta menelefonnya sebanyak 50 kali dalam sehari.

Wanita terbabit juga mendakwa Kesavan sering membuat panggilan video dan mempamerkan buku Kamasutra kepadanya serta gambar-gambar lucah.

Untuk rekod, Kamasutra merupakan buku klasik India mengenai cara-cara melakukan hubungan seksual secara erotik.  – Buletin TTKM-

 

Salinan Laporan polis : https://www.facebook.com/PerakIndianNews/posts/2260904513932768

 

 

 

 

 

 

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: