“Undi PH, cari kerja dengan DAP”: Ketua Pengarah YaPEIM digantung kerja.

KUALA LUMPUR 21 Mei – Tugas Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin digantung sementara berkuat kuasa hari ini.

Menurut satu kenyataan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh berkenaan dakwaan salahlaku dapat dijalankan.

“Sepanjang penggantungan ini, jawatankuasa siasatan akan meminta beliau untuk hadir bagi memberikan keterangan dan membantu siasatan berkenaan dakwaan tersebut,”

Sepanjang pengantungan itu, Pengarah Kanan YaPEIM, Parihan Hasan akan memangku tugas-tugas sebagai ketua pengarah.

“Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan Pengarah Kanan Bahagian pengurusan Strategik YaPEIM,”

60819180_1091874414339460_6947956053434695680_n.jpg

Pada 18 Mei lalu, tular satu  video yang memaparkan ucapan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan Yapeim ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH).

Pegawai kanan itu juga mengugut akan memeriksa satu persatu undi kakitangannya dengan SPR dan berkata “kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di YaPEIM. Pergilah cari kerja dengan DAP”.

Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu dimana Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasional buat pertama kali dalam sejarah. – Buletin TTKM-

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.