Bantah keputusan PilPres: 6 maut, 200 cedera.

JAKARTA 22 Mei: 6 orang mati manakala 200 lagi cedera setakat jam 9 pagi tadi ekoran rusuhan oleh penyokong Probowo bagi membantah keputusan pilihanraya presiden (pilpres) yang didakwa mereka berunsur penipuan.

Jumlah  ini disahkan oleh Gabenor Jakarta Anies Baswedan seperti yang dipetik oleh Jakarta Post.

“Enam orang setakat ini telah mati. Dua di Hospital Tarakan dan kemudian di Hospital di Pelni, Budi Kemulyaan, Cipto Mangunkusumo dan 
RSAL Mintoharjo. Keseluruhannya, enam maut, manakala 200 mengalami kecederaan setakat jam 9 pagi ini” – Anies Baswedan

Dalam satu ucapan umum, Anies berkata beliau telah melawat Hospital Tarakan di tengah Jakarta pada awal pagi bagi meninjau penunjuk perasaan yang cedera.

“Hospital Tarakan menerima pesakit paling ramai pagi ini. Dalam 80 penunjuk perasaan cedera dibawa masuk pagi ini. Sementara itu, lebih kurang 70 penunjuk perasaan yang cedera dimasukkan ke Hospital Pelni di Jakarta barat. “ – Anies Baswedan

Anies meminta penunjuk perasaan supaya mengekalkan keamanan dan keselamatan bagi  mengelakkan lebih ramai maut atau cedera.

“Bantahlah dalam keadaan aman dan tersusun. Saya juga meminta pihak penguasa supaya bertahan dari menggunakan kekerasan bagi mengelakkan sebarang konflik yang tidak diingini dengan penunjuk perasaan” – Anies Baswedan

-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version