Projek mega : Sebelum dan Selepas PRU14.

Oleh : Khairul Azri

FOREST CITY-
*Sebelum PRU:
– Tanah dan kedaulatan dijual kepada China!

– Habislah tanah kita akan dijual, tidak kiralah Forest City, saya harap Forest City akan betul-betul jadi ‘forest’ (hutan)…penduduknya akan terdiri daripada kera, monyet.

*Selepas PRU:
-Warga asing boleh miliki tanah ‘free hold’ Forest City tidak bercanggah dengan Kanun Tanah Negara.

– Tun Dr Mahathir mengulangi bahawa beliau mengalu-alukan pelaburan asing yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakkan pemindahan teknologi dan inovasi yang dapat memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan penciptaan pekerjaan,”.

BANDAR MALAYSIA
*Sebelum PRU:
– Kem TUDM Di Sungai Besi Kena Gadai Kepada China.

– “Betapa sedihnya apabila mendengar lagu ini dan ini adalah majlis paluan berundur Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari kem TUDM Sungai Besi yang telah diserahkan kepada China.”

– Tanah bumi Melayu sudah tergadai.. Sudah tiada apa yang hendak di banggakan lagi.. Berundur dengan iringan airmata anggota ATM dan juga veteran ATM.. Ini semua berlaku kerana kerakusan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

*Selepas PRU:
– “Kerajaan yakin Bandar Malaysia akan memberi kesan besar kepada ekonomi Malaysia dan berfungsi sebagai hab global bagi menarik lebih banyak firma kewangan, teknologi dan keusahawan global yang berimpak tinggi.

– “Ia akan menarik institusi kewangan antarabangsa, syarikat multinasional dan syarikat Fortune 500 untuk menempatkan ibu pejabat serantau mereka di Bandar Malaysia.

– “Gergasi teknologi seperti Alibaba dan Huawei juga menunjukkan minat untuk membuka pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mereka,”

-MELAKA GATEWAY
*Sebelum PRU:
-Melaka Gateway jual kedaulatan negara kepada China!

-Lepas siap nanti, ianya akan jadi Pengkalan tentera laut komunis China!

*Selepas PRU:
-Projek Melaka Gateway akan terus berada di landasannya dan tidak akan dihentikan kerana bakal memberi limpahan rezeki kepada rakyat negeri ini.

-Projek yang telah berjalan hampir 10 tahun itu akan diteruskan dengan mengambil kira keperluan penduduk setempat termasuk nelayan dan penduduk Kampung Portugis.

-Mampu membawa pelaburan yang banyak selain memperkasakan sektor pelancongan negeri menerusi pembinaan terminal feri yang akan menarik kehadiran pelancong menerusi laluan laut.

ECRL
*Sebelum PRU
– Dr Mahathir: Lebuh raya rangsang ekonomi, ECRL tidak.

– ECRL adalah projek membazir dan tidak diperlukan.

– ECRL adalah projek jual negara kepada China.

– ECRL adalah ‘scam’ untuk curi duit masuk 1MDB.

*Selepas PRU
– Banyak manfaat projek ECRL diteruskan.

– Projek ECRL dijangka buka banyak peluang pekerjaan.

– ECRL bawa limpahan ekonomi negara.

– ECRL bakal lonjakan ekonomi di Kelantan.

– ECRL buka peluang ekonomi pantai timur.

– ECRL: manfaat dalam sektor ekonomi dan pelancongan bakal dinikmati warga Pantai Timur.

– ECRL mampu merapatkan negara dengan China.

MCKIP
*Sebelum PRU
– Tanah kena jual kepada China
– Tembok besar China dalam Malaysia, wajib kena robohkan.

– Pekerja semua orang tanah besar China.

*Selepas PRU
– Akan menarik RM10 Billion FDI
– 20,000 peluang pekerjaan.
– Shared prosperity.
– Win-win formula.
.

NEXT??


Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian TTKM-Editor

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.