July 26, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

“Janji PRU 14 ciptaan kita, boleh gugurkan mana-mana yang tak praktikal” kata A Kadir Jasin.

Kuala Lumpur, 23 Mei: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, A Kadir Jasin berkata mana-mana janji PRU yang didapati tidak sesuai, tidak praktikal dan bertindih hendaklah dipinda atau digugurkan terus oleh Pakatan Harapan  bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap kerajaan yang baru berusia setahun itu.

“Berbalik kepada keperluan PH membuat penilaian komprehensif dan menjajarkan semula janji-janji pilihan raya umum (PRU), dasar, rancangan dan pelantikannya, saya yakin ia boleh membantu memulihkan semula keyakinan dan sokongan orang ramai.

Mana-mana janji PRU, dasar dan rancangan yang tidak sesuai, tidak praktikal dan bertindih hendaklah dipinda atau digugurkan langsung.” – Kadir Jasin

Kata penasihat media kepada Perdana menteri itu lagi, janji PRU adalah “ciptaan kita sendiri”, maka tidak perlu terikat dengan janji-janji tersebut.

“Janji PRU, dasar dan rancangan adalah ciptaan kita sendiri. Jadi kita janganlah terlalu terikat atau terpenjara kerananya.” – Kadir Jasin

Tambah beliau lagi,  janji-janji yang dirangka sebelum ini dilakukan ketika banyak maklumat tidak lengkap dan tidak tepat.

“Sekarang kita tahu keadaan sebenar yang nyata lebih buruk daripada yang kita jangkakan maka kita berhak dan wajib membuat penyesuaian. “ – Kadir Jasin

Beliau berkata demikan dalam satu hantaran di blognya kelmarin. 

Untuk rekod, sebelum ini perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata Manifesto PH bukanlah kitab suci, sebaliknya ia hanyalah panduan.

“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.

Banyak janji-janji PRU 14 tidak dapat  ditunaikan kerajaan PH seperti mansuh tol, subsidi minyak bersasar dan tangguh bayar pinjaman PTPTN dengan menggunakan alasan hutang RM1 trilion.

Sebelum ini, penyokong Pakatan Harapan meminta pengkritik supaya bersabar dalam pelaksanaan janji-janji PRU 14 tersebut kerana “takkan hari ini kahwin esok sudah beranak”. Walau bagaimanapun, kini setelah lebih setahun, melebihi jangkaan masa kehamilan biasa 9 bulan, janji-janji tersebut masih belum ditunaikan sebaliknya ia bertukar hancing. – Buletin TTKM.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: