Kronologi lengkap “debat tak jadi Najib-Kit Siang”

Oleh : Editorial TTKM.

Semalam, ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak setelah bersetuju sebelum itu.

Kami menyusuri kronologi yang akhirnya membawa kepada pembatalan debat tersebut.

21 Mei 2019 :  9.53 am. 

Najib melalui satu temubual dengan portal berita Free Malaysia Today mencabar Lim Kit Siang untuk berdebat.

“Saya dah jawab tiap kali Kit Siang membuat kenyataan, sehingga ada dalam posting saya, saya bagi dia gelaran ‘Menteri Hal Ehwal Najib’ (MenHAN). Jadi, saya fikir lebih elok kita ada debat dengan Kit Siang.” – Najib Razak. 

21 Mei 2019 :  10.08 am. 

Najib berkongsikan artikel FMT tersebut di laman facebook beliau, sambil mencabar Kit Sianguntuk berdebat dalam apa-apa topik sekalipun.

“Jom, Kit Siang. Debat freestyle. Any topic. Boleh tanya apa-apa sahaja. Pasti boss DAP ini suka. ON x ON ? Sekiranya dia cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat.” – Najib Razak.

21 Mei 2019 : 2.51 PM.

Lim Kit Siang menyahut cabaran Najib untuk berdebat. Beliau mencabar pula Najib supaya bersetuju dengan tajuk debat  yang dicadakankan beliau iaiatu : Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagaimana kita menjadi negara berintegriti. 

Adakah Najib seorang yang mempunyai penyakit suka berbohong atau sememangnya seorang kaki pembohong? Adakah dia bersedia untuk berdebat mengenai topik “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti”? – Lim Kit siang.

21 Mei 2019 : 4.04pm

Najib bersetuju dengan tajuk yang dicadang Lim Kit Siang iaitu : Bagaimana Malaysia menjadi sebuah negara kleptokrasi dan bagaimana kita menjadi negara berintegriti. 

Pada masa yang sama, Najib turut mencadangkan supaya topik-sopik semasa yang lain turut dibincangkan.

Beliau turut bercadang supaya ia diadakan selepas Hari Raya dan disiarkan secara langsung.

21 Mei 2019 – 5:19 pm

Lim Kit Siang  melantik pegawainya Shahredzan dan Ahmad Faiz untuk menguruskan perjalanan debat terperinci dengan Najib.

“Meanwhile, I welcome Malaysians who have views on the subject “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” to email their views and suggestions at limkitsiang@gmail.com” – Lim Kit Siang.

22 Mei 2019 –  10:16 am. 

Lim Kit Siang mendakwa unit perang saraf Najib/UMNO  mengarahkan supaya cybertrooper UMNO mensasarkan DAP bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan dan menyelamatkan Datuk Seri Najib RAzak dari dihantar ke penjara Sungai Buloh.

Beliau mendakwa melihat perkara ‘rahsia’ itu melalui tangkap layar WhatsApp.

“I have seen a secret directive sent out through WhatsApp by Najib/UMNO Psy-War HQ to UMNO cybertroopers to target DAP to cause collapse of the Pakatan Harapan government and save former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak from being sent to Sungai Buloh Prison.

The WhatsApp secret directive reads:

“c&p Arahan dari HQ, sekarang pastikan setiap posting kita tumpu pada DAP dan kalau boleh gunakan kreativiti untuk kaitkan dengan isue bangsa dan agama. Mengikut maklumat intel, akan ada pendedahan penyelewengan pemimpin UMNO terbaru dari Kerajaan, kita akan counter dengan kaitkan dengan DAP, pastikan team focus pada isu DAP tidak kira isu apa pon” – Lim Kit Siang. 

Buletin TTKM mendapati tangkap layar tersebut pertama kali disebarkan oleh ahli parlimen DAP Beruas, Ngeh Ko Ham di akaun twitternya.

23 Mei 2019 – 8:22 am. 

Najib mendakwa tangkap layar Whatsapp yang disebarkan adalah palsu. Beliau turut mentroll Lim Kit Siang dengan menaikkan tangkap layar rekaannya versi DAP dengan tajuk ” MenHEN HQ”.

(Editor: MenHEN : Menteri Hal Ehwal Najib, jawatan sindiran diberikan oleh Najib kepada Lim Kit Siang)

Dari FB Najib Razak. 

Tapi jika kita perhatikan “bukti” ini, tiada nama sebenar penghantar mesej atau nombor telefon yang dipaparkan. Sesiapapun boleh buat tangkap layar palsu seperti ini. Saya percaya tak perlu masa 2 minit pun untuk membuat gambar tangkap layar palsu seperti gambar contoh di sebelah kanan ini. Adakah ini standard untuk “bukti kukuh” dari dua orang Ahli Parlimen termasuk boss DAP dan Speaker DUN negeri Perak? Besar kemungkinan juga bahawa DAP sendiri yang buat tangkap layar ini.Lepas tu, mereka gunakan bukti rekaan sendiri untuk menuduh pihak lain.Try again, Kit Siang.” – Najib Razak.

23 Mei 2019 – 5:44 pm. 

Najib mendakwa menerima banyak maklumat bahawa terdapat langkah-langkah yang dimulakan oleh PH terutamanya dari DAP bagi membatalkan debat kerana tidak setuju Lim Kit Siang berdebat dengannya. Beliau merayu supaya debat diteruskan demi semangat demokrasi dan ketelusan, malah beliau pun telah bersetuju dengan tajuk yang dicadangkan Lim Kit Siang.

“Saya terima banyak maklumat bahawa PH, terutama dari DAP sendiri yang tak setuju dengan debat antara Kit Siang dengan saya.Sudah tengok ada langkah-langkah yang sudah dimulakan untuk batal debat ini.Mereka meluahkan kebimbangan Kit Siang mungkin tersungkur kalah dalam debat ini.Ada juga yang bimbang bahawa saya akan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar untuk Kit Siang tangkis dan banyak propaganda PH akan dibuktikan sebagai pembohongan dan fitnah.Tetapi, PH sepatutnya menaruh sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada Kit Siang kerana dia sudah jadi bos DAP lebih dari 50 tahun.PH juga perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun dipaksa untuk menonton debat ini dan debat ini tidak akan menggunakan sebarang wang Rakyat.Dalam semangat demokrasi dan ketelusan, biarlah debat ini diteruskan dengan tajuk yang dicadang oleh DAP dan sudahpun dipersetujui oleh saya.” – Najib Razak. 

23 Mei 2019 – 6:07 pm. 

Lim Kit Siang mengumumkan menarik diri dari berdebat dengan Najib dengan menggunakan alasan debat diantara beliau dan Najib akan menjadi konflik Melayu melawan Cina.

Beliau juga mendakwa dihujani nasihat oleh ‘rakyat Malaysia’ yang tidak setuju beliau berdebat dengan Najib.

Beliau turut menulis panjang lebar di blognya menerangkan mengapa beliau berbuat demikan.

“As there is great likelihood that the debate on “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” between Najib and myself could be turned into a Malay vs Chinese conflict, when the battle against corruption, abuses of power and criminal conduct like money-laundering is not a racial or religious issue but an issue of good values and good governance, I have decided not to proceed with the debate with Najib.” – Lim Kit Siang.

23 Mei 2019 – 6:17 pm

Najib sindir Lim Kit Siang kerana menarik diri dari berdebat dengannya.

“Itu dia. Statement Kit Siang panjang lebar untuk tarik diri dari debat.Yang setuju debat, Kit Siang. Yang bagi tajuk debat, Kit Siang. Yang tarik diri juga Kit Siang. Lepas tu, dia kata dia bukan pengecut. Tak sampai dua hari. Kenyataan saya tentang penarikan Kit Siang dari debat ini akan menyusul.” – Najib Razak. 

23 Mei 2019 – 7 18 pm dan seterusnya:

TTKM troll Lim Kit Siang kerana menarik diri dari debat.

 

 

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version