Bantah kenaikan tarif: 60,000 tandatangan petisyen, FB TNB Careline diserang netizen.

Kuala Lumpur, 28 Mei: Petisyen untuk membantah kenaikan tarif bil elektrik yang disebabkan oleh cara “kiraan yang digunakan oleh TNB” semakin mendapat sambutan apabila setakat hari ini ia mendapat 61,069 tandatangan.

Petisyen itu dimulakan seorang netizen bernama Abdullah Fahim bertajuk “Bantahan Kenaikan Elektrik 2019 Mengikut Kiraan TNB (Tenaga Nasional Berhad).”

Menurut petisyen tersebut, rakyat Malaysia memohon kerajaan mengkaji semula penggunaan meter digital dan kiraan dipraktikkan TNB dalam menentukan caj elektrik di seluruh negara.

Kami rakyat Malaysia memohon kerajaan Malaysia mengkaji balik meter digital dan kiraan yang di gunakan oleh TNB bagi caj pengguna elektrik kerana mengalami kenaikan mendadak .Kami  juga dapati ada unsur penipuan apabila berlaku kelewatan bill yang di hantar oleh TNB mengakibatkan kami terpaksa membayar lebih mengikut kiraan prorata TNB dan cukai yang di kenakan agak tinggi bagi setiap bill membebankan rakyat, pemotongan elektrik pulak agak cepat apabila berlaku bill tertunggak.Kami mahu pihak kerajaan menyiasat segala aduan rakyat segera ,bagi mengurangkan beban elektrik yang di tanggung rakyat.Siasatan perlu telus dan mengambil kira aduan rakyat.

Rakyat Malaysia masih belum berpuashati jika tidak ada campur tangan dari pihak kerajaan mengenai peningkatan bil bulanan yang meningkat secara mendadak bagi semua pengguna tnb seluruh Malaysia. – Abdullah Fahim 

Sementara itu, rata-rata netizen yang menandatangani petisyen tersebut turut ‘membawang’ dan  mendesak TNB memberikan penjelasan segera. Malah ada juga yang bercadang supaya monopoli TNB terhadap pembekalan elektrik ditamatkan.

Kelmarin, di laman facebook TNB Careline, syarikat tersebut menjelaskan isu ini dengan berkata jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter.

Walaubagaimanapun, di ruangan komen hantaran tersebut, terdapat lebih 17 000 komen kebanyakannya menyerang TNB dengan menyatakan rasa tidak puas hati disamping memaki hamun syarikat pembekalan elektrik tersebut.

-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version