Skip to content

MP DAP Kasthuri Patto pula agih bantuan zakat di masjid.

BAtu Kawan, 1 Jun : Selepas tindakan Adun DAP Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang mengagihkan bantuan zakat kurang disenangi netizen, semalam  Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani A/P Patto pula didapati mengulangi perlakuan tersebut.

Beliau yang juga dikenali sebagai Kasthuri Patto hadir ke  “Program Pemberian Hamper Zakat dan Moreh” di Masjid Permatang Batu  yang dianjurkan ahli parlimen terbabit malam tadi.

Pada satu hantaran di laman facebook Kasthuriraani Patto, 16 keping gambar sekitar program tersebut dinaikkan memaparkan ahli parlimen terbabit yang memakai baju merah, seluar panjang agak ketat dan selendang berwarna maroon tua, mengagihkan bantuan hamper berupa kotak dan kampit beras berlogokan Zakat Pulau Pinang.

50223133_2660669180640831_1529759817739010048_o.jpg
Bantuan Zakat Pulau Pinang, gambar Rosly Yusof.
61621392_1661694977308119_1692760694274916352_n.jpg
Kredit Laman facebook Kasthuriraani Patto.
61687746_1661694927308124_6382745242113671168_n.jpg
Kredit Laman facebook Kasthuriraani Patto.
61640931_1661695243974759_9059865994855448576_n (1).jpg
Kredit Laman facebook Kasthuriraani Patto.

Sementara itu, Mufti negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menjelaskan adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada bagi menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf berdasarkan sudut hukum fikah.

Menurut beliau, perkara itu hanya yang berkaitan dengan muamalat dan ibadat maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah.

Jelasnya, Zakat Pulau Pinang (ZPP) hanya menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk melalui wakil-wakil rakyat Muslim dan bukan Muslim untuk disampaikan kepada golongan asnaf.

“Jadi, asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu.

“Sebagai Mufti, saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh-temeh seperti ini, sebaliknya perlu lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal yg lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan umat Islam agar mencapai kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain,” Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noo

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad pula berpendapat adalah ‘tidak manis’ bagi bukan Islam mengagihkan bantuan zakat kerana ia memberi gambaran seolah-olah tiada orang Islam layak menguruskan agihan zakat.

“Isu sekarang adalah membabitkan isu pengurusan, ia tidak melibatkan soal hukum.

“Tetapi, lebih beradab dan lebih manis jika orang Islam sendiri yang menguruskan agihan zakat, bahkan amil-amil yang dilantik untuk mengutip zakat juga boleh mengagihkan zakat,” – Mohamad Shukri Mohamad

Pada perkembangan berlainan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menggantung sementara jawatan Penolong Setiausaha Masjid Asaadah, Kampung Bahagia, Teluk Intan kerana didakwa memberi kebenaran kepada Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming berucap di masjid itu, menurut laporan Berita Harian.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata penggantungan dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Peraturan 10 (2) Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak (2015).

Katanya, tindakan itu juga sejajar teguran Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah supaya parti politik tidak menyalahgunakan masjid dan surau untuk aktiviti berbentuk politik kepartian terutama sepanjang Ramadan ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 17 Mei lalu bahawa Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengadakan program berbuka puasa, menyampaikan sumbangan dan ucapan di kawasan Masjid Asaadah Kampung Bahagia.

Pada satu gambar yang dinaikkan di akaun facebooknya, Buletin TTKM mendapati Nga Kor Ming turut diiringi beberapa pembantu yang jelas kelihatan memakai baju berlogo parti DAP.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Privacy Policy Designed using Magazine News Byte. Powered by

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: