Tweet kucing mati dicekik budak sah palsu.

Twitter, 9 Jun : Ciapan mengenai seekor kucing berwarna jingga yang  tular beberapa hari lepas kononnya mati dicekik oleh budak kecil ketika beraya sah adalah palsu.

Perkara ini dinyatakan oleh pengguna twitter bernama blxcktober_ yang mendakwa kucing itu sebenarnya adalah miliknya yang mati tahun lepas bulan Oktober 2018 adalah akibat jatuh sakit, dan bukan kerana dicekik.

“Kuaja punya budak. Curi gambar kucing aku mati. Nampak sangat terdesak nak tweet famous. Kucing aku mati bukan sebab kena cekik budak pun. Dia sakit” – blxcktober_

Beliau turut berkongsikan ciapan asal pada tahun lepas itu sebagai bukti:

Tambahnya lagi, cerita kononnya kucing itu mati dicekik budak adalah tidak logik kerana kucingnya bersaiz besar dan akan memberikan reaksi balas cakaran jika diusik.

Pada jumaat lepas, ciapan palsu tersebut kecoh di twitter dan mendapat ribuan ‘retweet’ selain disambung ‘membawang’ oleh netizen di facebook.

PALSU

Ada juga yang mahu budak yang kononnya mencekik kucing tersebut didakwa di mahkamah.

Buletin TTKM mendapati ciapan palsu yang dinaikkan oleh akaun @naeimzkri itu kini sudah dipadamkan. Malah, akaun tersebut juga kini tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif.  – Buletin TTKM-

1 Trackback / Pingback

  1. #klarifikasi #disinformasi #kucing #mati #dicekik … – Hoax atau Bukan ya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.