Twitter, 9 Jun : Ciapan mengenai seekor kucing berwarna jingga yang tular beberapa hari lepas kononnya mati dicekik oleh budak kecil ketika beraya sah adalah palsu.
Perkara ini dinyatakan oleh pengguna twitter bernama blxcktober_ yang mendakwa kucing itu sebenarnya adalah miliknya yang mati tahun lepas bulan Oktober 2018 adalah akibat jatuh sakit, dan bukan kerana dicekik.
“Kuaja punya budak. Curi gambar kucing aku mati. Nampak sangat terdesak nak tweet famous. Kucing aku mati bukan sebab kena cekik budak pun. Dia sakit” – blxcktober_
Kuaja punya budak. Curi gambar kucing aku mati. Nampak sangat terdesak nak tweet famous. Kucing aku mati bukan sebab kena cekik budak pun. Dia sakit
https://t.co/td7NiyWtzH —
(@blxcktober_) June 9, 2019
Beliau turut berkongsikan ciapan asal pada tahun lepas itu sebagai bukti:
Tyger
pic.twitter.com/DmqPukCboN —
(@blxcktober_) October 15, 2018
Tambahnya lagi, cerita kononnya kucing itu mati dicekik budak adalah tidak logik kerana kucingnya bersaiz besar dan akan memberikan reaksi balas cakaran jika diusik.
Kucing ni dh la besar. Terpijak ekor pun dah meracau mcm apa. Ni budak cekik lagi tak logik. Terkoyak gak muka budak tu kena cakar hahaha
—
(@blxcktober_) June 9, 2019
Pada jumaat lepas, ciapan palsu tersebut kecoh di twitter dan mendapat ribuan ‘retweet’ selain disambung ‘membawang’ oleh netizen di facebook.
Ada juga yang mahu budak yang kononnya mencekik kucing tersebut didakwa di mahkamah.
Buletin TTKM mendapati ciapan palsu yang dinaikkan oleh akaun @naeimzkri itu kini sudah dipadamkan. Malah, akaun tersebut juga kini tidak dapat diakses dipercayai dinyahaktif. – Buletin TTKM-