Sat. Sep 21st, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Anwar gesa rakan-rakan terima keputusan Tun lantik Latheefa

3 min read

Gambar ehsan Malaysiakini.

Kuala Lumpur, 10 Jun: Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim,  menggesa rakan-rakan dalam  Pakatan Harapan (PH) untuk menerima keputusan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melantik Latheefa Beebi Koya atau lebih dikenali sebagai Tipah Koya itu agai ketua pesuruhjaya baru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bakal perdana menteri ke 8 itu  juga menggesa supaya Tipah Koya dan SPRM diberi ruang untuk melaksanakan tugas mereka selain bimbang polemik terbuka secara berterusan akan mendorong imej negatif kerajaan PH.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

“Pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pimpinan Paktan Harapan (PH), NGO dan masyarakat.

Polemik terbuka secara berterusan ini dikhuatiri akan mendorong implikasi negatif terhadap citra dan imej kerajaan PH.

Saya yakin perdana menteri dan pimpinan PH akan menilai segala pandangan dengan penuh prihatin dan selanjutnya akan menjelaskan kepada kabinet dan Majlis Presiden PH.

“Maka dengan ini saya menggesa semua rakan-rakan menerima keputusan Dr Mahathir dan memberi ruang kepada Latheefa dan SPRM untuk melaksanakan tugas dengan tegas dan berkesan,” – Anwar Ibrahim.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika beberapa anggota parlimen PKR, antaranya Tan Yee Kew (Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), secara terbuka membantah pelantikan.

Tidak cukup dengan itu, Nik Nazmi turut berkempen meminta orang ramai menandatangani petisyen dalam talian  mendesak Tipah Koya meletakkan jawatan sebagai ketua SPRM.

“Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi. Isu ini lebih besar daripada Latheefa tetapi tekad reformasi yang kita janjikan kepada rakyat,”– Nik Nazmi

Setakat hari ini, petisyen tersebut telah mendapat lebih 7 ribu tandatangan.

koyak.JPG
Petisyen desak Latheefa Koya letak jawatan.

Pada perkembangan yang sama, petisyen menyokong pelantikan Latheefa Koya pula  mendapat lebih banyak sokongan dengan setakat ini mempunyai lebih 16 ribu tandatangan.

koya 2.JPG
Petisyen sokong Latheefa

 

nuar.jpg
Kenyataan Anwar.

Pelantikan Tipah Koya dikecam ramai pihak kerana Mahathir membuat keputusan tersebut secara unilateral tanpa memaklumkan kabinet atau melalui parlimen selain Latheefa sebelum itu yang memegang jawatan tinggi dalam parti Keadilan Rakyat, PKR.

Ia juga bertentangan dengan janji no 14 manifesto Pakatan Harapan yang menyatakan SPRM akan melapor terus kepada parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri.

61994175_1285249018309266_14026048928743424_n.jpg
Manifesto PH pada PRU 14.

 

Beberapa hari lepas,  Anwar meminta Tun Dr Mahathir supaya menjelaskan soal pelantikan itu.

“Sudah tentu satu penjelasan diperlukan, kerana perkara ini adalah apa yang kita janjikan, tapi kita perlu melalui forum yang teratur (untuk penjelasan), seperti (mesyuarat) kabinet atau Majlis Kepimpinan Pakatan, jika kita mahu dapatkan penjelasan yang sebenar.

“Manifesto tidak dipatuhi, dan nampak seperti lantikan politik… saya rasa perlu penjelasan diberikan kepada orang ramai berhubung isu itu, mengapa manifesto tidak diberi perhatian, tidak dihormati, walaupun saya rasa Latheefa mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk kedudukan itu,”  – Anwar Ibrahim.

Tun Dr Mahathir kemudian mempertahankan keputusan beliau itu  dengan mengatakan ia adalah muktamad.

“Saya terpaksa melantik pegawai kerajaan lain dan Latheefa adalah salah satu daripadanya yang tidak sepatutnya dijadikan isu atau boleh menimbulkan sebarang masalah. Tiada masalah… saya lantik ramai orang, banyak pegawai saya terpaksa lantik. Ini salah satu pegawai, itu saja. Ia sudah diputuskan (pelantikan Latheefa).. jadi ia muktamad…tak kan nak kalih balik (tukar keputusan) nanti kata saya ‘u-turn’ pula,” –  Tun Dr Mahathir. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: