Hindari politik keji lagi jahat – Nurul Izzah

HINDARI POLITIK KEJI LAGI JAHAT

Oleh : Nurul Izzah Anwar

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang yang suka bahawa menghebahkan keburukan orang-orang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah maha mengetahui sedangkan kamu sekelian tidak mengetahui.” (An-Nur: 19)

Hari ini hari yang menyedihkan buat Malaysia apabila kita sekali lagi digemparkan dengan budaya politik kotor lagi keji.

Sebaliknya, berita yang seharusnya diutamakan adalah berkait isu serta usaha penting dalam menangani masalah rakyat dan masyarakat.

Liputan media terhadap serangan peribadi dan fitnah tidak mempunyai objektif lain selain mencemar nama dan karakter individu, mengakhiri kerjaya politik, menjatuhkan maruah dan reputasi mangsa. Sudah sekian lama kita dimualkan dengan permainan politik lucah dan fitnah. Demi generasi masa depan, hentikan.

Dengan sebab itu, saya berasa penuh empati dan simpati kepada mereka yang dimangsakan dengan politik keji sebegini. Kesan negatif fitnah kotor tidak boleh sama sekali dipandang remeh kerana ia memberi kesan mendalam kepada semua yang terlibat, terutama terhadap keluarga mangsa. Saya berharap pihak yang terlibat terus bersabar.

Tanggungjawab kita bersama menjauhkan diri kita daripada terjebak budaya politik fitnah yang amat menjengkelkan ini. Fokus kepada usaha membina Malaysia yang lebih baik.

Cara berpolitik masyarakat bertamadun adalah mengangkat wacana, idea, polisi dan dasar, bukan serangan peribadi dan pembunuhan karakter.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Permatang Pauh

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.