Lepas Azmin nafi, bahagian kedua video seks pula tersebar

Gambar ehsan Malaysiakini

Kuala Lumpur, 12 Jun: Selepas beberapa jam Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali menafikan video seks yang dikaitkan dengan beliau, kini tersebar pula video seks bahagian kedua.

Seorang individu yang tidak dikenali telah mewujudkan satu kumpulan Whatsapp dan kemudian memasukkan pelbagai individu termasuk wartawan dan ahli politik di dalamnya.

Video bahagian kedua ini memaparkan wajah mirip menteri tersebut dengan lebih jelas berbanding video kelmarin.

Terdahulu, Azmin, yang juga adalah timbalan presiden PKR, menafikan pembabitan dirinya dalam klip video bahagian pertama, yang dikeluarkan kira-kira jam 1.25 pagi, Selasa lalu.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai fitnah kejam dan komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Kenyataan penuh Azmin:

Saya merujuk kepada laporan media hari ini berhubung fitnah dan tuduhan
seorang individu yang cuba mengaitkan saya dalam satu video lucah. Saya
menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini yang bersifat tuduhan jahat dan
kejam.

 
Saya yakin siri fitnah ini adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi
dan keperibadian saya serta menjatuhkan saya dan memusnahkan karier
politik saya. Saya yakin kerja jijik ini telah dimulakan beberapa bulan lalu
berdasarkan perkembangan politik semasa melalui intimidasi terhadap
keselamatan diri dan keluarga pada minggu terakhir Ramadhan serta tuduhan
rasuah yang tidak benar dan tidak berasas.

 
Saya mengutuk sekeras-kerasnya gutter politics. Sesungguhnya, ia tidak
mempunyai tempat dalam era Malaysia Baharu, di mana kita sedang
berusaha untuk membina semula negara melalui reformasi institusi dan
berpegang kepada politik nilai yang luhur dan murni.

 
Saya telah mengarahkan para peguam saya untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan-tuduhan jahat serta
terhadap pelaku lain. Saya akan menggunakan segala kaedah undang-undang
yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja
jahat ini.

 
Saya sama sekali tidak akan tunduk kepada tindakan-tindakan pengecut ini
dan percubaan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu-isu negara
yang lebih mendesak dan kejayaan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam
melaksanakan dasar pembangunan negara yang mampan dan inklusif.
Saya yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu
berhubung tuduhan jahat ini.
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI
Menteri Hal Ehwal Ekonomi
12 Jun 2019

Pada jam 2:30 pagi tadi, laman facebook Haziq Aziq, menaikkan satu video berdurasi 35 saat bersumpah bahawa beliau adalah individu dalam video yang viral sejak semalam yang mengaitkannya dengan seorang menteri kanan.

Tambahnya lagi, beliau mendakwa video terbabit telah dirakam tanpa kebenaran beliau pada 11 Mei bersamaan 6 Ramadhan lepas semasa pilihanraya kecil Sandakan di dalam bilik menteri terbabit di hotel Fourpoint.

“Saya Haziq Aziz, dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama ***** ***  dalam video yang telah viral semalam. Video tersebut telah diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei semasa pilihanraya kecil Sandakan di bilik Azmin di Hotel Fourpoint. Saya menggesa SPRM untuk menyiasat ***** atas tuduhan korupsi. Dia bukanlah individu yang layak untuk menjadi seorang pemimpin” – Haziq Aziz

Video : https://www.facebook.com/haziqaziz.my/videos/372500139910400/

 

Buletin TTKM mendapati Haziq Aziz, yang sebelum ini merupakan seorang aktivis pelajar dan aktif dalam PKR telah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Shamsul Iskandar, Timbalan Menteri Industri Utama pada Januari lalu.

Haziq bertindak menyahaktifkan akaun media sosial beliau di facebook, twitter dan instagram pagi semalam apabila video tersebut mula tular.

Walaubagaimanapun, kesemua akaun tersebut telah diaktifkan semula ketika video pengakuan bersumpah Haziq dinaikkan di laman facebooknya awal pagi tadi.

Cubaan Buletin TTKM menghubungi juga turut Haziq gagal apabila panggilan kami masuk ke pesanan peti suara.

Baru-baru ini, perdana menteri, Tun Dr Mahathir melantik Latheefa Beebi Koya sebagai ketua SPRM tanpa memberi maklum kabinet, malah pelantikan tersebut bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan.

Latheefa Beebi Koya juga merupakan sosok yang dilihat sebelum ini bersama kem menteri kanan terbabit di dalam parti PKR.

-Buletin TTKM.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version