Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Sebar kandungan lucah, SKMM beri amaran penjara setahun/denda RM50K.

1 min read

Gambar ehsan Malaysiakini

Cyberjaya 12 Jun: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memuat  naik, menyebar mahupun berkongsi kandungan yang jelik dan lucah di internet.

Menurut kenyataan yang disiarkan di laman Facebook SKMM itu,  pihak yang didapati melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan. Pada masa yang sama, kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tidak tular.”

Kenyataan SKMM ini dikeluarkan selepas bahagian kedua video seks memaparkan seorang menteri kanan tular di whatsapp.

Bahagian pertama video tersebut mula disebarkan oleh individu yang tidak dikenali pada awal pagi Selasa lalu.

Pagi tadi, seorang lelaki bernama Haziq Aziz mendakwa bahawa beliau dan seorang menteri kanan merupakan sosok yang dipaparkan dalam video itu, yang dirakam tanpa kebenarannya pada 11 Mei lepas di hotel Fourpoint, Sandakan.

Petang tadi, Azmin Ali, menafikan dakwaan Haziq dan mendakwa perkara itu adalah komplot keji, kejam dan jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

1

– Buletin TTKM-

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: