Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Kuala Lumpur 13 Jun : Haziq Aziz hari ini mengeluarkan kenyataan enam perenggan di akaun facebooknya menjelaskan isu skandal video seksnya dengan seorang menteri kanan.

Kenyataan enam perenggan dalam bahasa inggeris itu dinaikkan lebih kurang jam 11.40 am 13 Jun 2019.

Hazif mendakwa menteri terbabit telah menghantar Hilman untuk berjumpa dengannya di Restoran Zest, Putrajaya.

(Hilman merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali)

Dalam perjumpaan itu,  Haziq berkata beliau telah ‘dipaksa menipu’ untuk menafikan bahawa menteri terbabit adalah sosok dalam video tular.

“Dia memaksa saya menafikan bahawa anda adalah orang dalam video tular dan menyuruh saya menipu untuk anda. Saya meminta lebih banyak masa untuk meminta nasihat ibu bapa saya dan ini telah menyebabkan dia marah. Selepas saya enggan, dia membuat ugutan dan berkata ‘ini’ akan ditutup dalam masa 48 jam dengan atau tanpa bantuan saya menipu” – Haziq Aziz.

Haziq juga mendakwa menteri terbabit seorang yang sakit kerana hanya beliau sahaja yang mungkin merakamkan video untuk koleksi peribadi.

“Saya tahu anda seorang yang sakit kerana hanya anda seorang sahaja yang mungkin merakamkan video-video terbabit untuk koleksi peribadi selepas mengundang saya ke bilik hotel anda di semua peristiwa” – Haziq Aziz.

Haziq kemudian mendakwa beliau melakukan ‘aksi’ dengan menteri terbabit sebanyak 4 kali, satu di hotel Fourpoint, Sandakan manakala baki 3 lagi di tempat lain.

Pertama sekali ia di Hotel Grand Continental Kuching, 3 tahun lalu. Kemudian di hotel Pullman, Kuching sewaktu pemilihan parti bulan oktober tahun lepas. Kita lakukannya lagi di hotel Grand Hyatt. KL ketika anda menjadi menteri pengiring sultan brunei pada Mac tahun ini dan yang terbaru di hotel Fourpoint Sandakan bulan lalu” — Haziq Aziz.

Haziq juga turut menyatakan kerisauannya bahawa lebih banyak video akan dibocorkan.

“Saya risau lebih banyak video akan dibocorkan dan kemewahan anda sebagai menteri akan dinafikan manakala masa depan saya tamat. Malah anda juga mendapat sokongan penuh Perdana Menteri sebelum sebarang penyiasatan dilakukan.” – Haziq

Haziq mengakhiri kenyataannya dengan mengatakan hanya kebenaran dapat membebaskan beliau dan turut risau mengenai keselamatan diri dan keluarganya.

“Saya berharap orang awam akan melihat anda sebagaimana diri anda yang sebenarnya-seorang manipulatif dan mempunyai pengaruh kuat bersama-sama orang kanan anda Hilman, Afif, Zuraida dan mereka yang dimotivasi oleh ketamakan dan kuasa” – Haziq Aziz.

Semalam, Azmin menafikan tuduhan Haziq dan berkata dakwaan video seks itu adalah satu fitnah jahat, kejam dan bertujuan untuk menamatkan karier politiknya. – Buletin TTKM

source: https://www.facebook.com/100033023132063/posts/140181107092660?s=100000429133764&sfns=monner

 

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.