Kuala Lumpur, 13 Jun : 5 jam selepas Setiausaha Politik Azmin Ali, Hilman Idham membuat laporan polis berhubung penyebaran satu video lucah yang dikaitkan dengan bossnya, Haziq Aziz pula kini melakukan perkara yang sama.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu menaikkan dua helai salinan laporan polis yang dibuat di Kelana Jaya pada laman facebooknya sekitar jam 4.20 petang tadi dengan status “Anda boleh gelar saya apa sahaja, tetapi saya tidak dibesarkan untuk menipu”
Menurut Haziq, laporan polis dibuat dengan niat untuk menyangkal tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh “netizens, cybertroopers, Hilman Idham serta yang lain”
Beliau juga memetik kerisauan terhadap keselamatannya sebagai alasan.
Haziq semalam membuat pengakuan sumpah bahawa beliau dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali adalah sosok dalam video yang tular baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, Azmin yang juga adalah timbalan presiden PKR menafikan dakwaan itu.
Dalam laporan polisnya itu, Haziq mengulangi tuduhan dari kenyataan terdahulunya, bahawa Azmin tealah menghantar setiausaha politiknya, Hilman Idham untuk berjumpa dengannya di restoran Zest, Marriot Putrajaya.
BACA: Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.
Katanya, Hilman memaksanya untuk menafikan bahawa diri dalam video yang tular itu dan memintanya untuk menipu.
Selain itu, Haziq juga mendakwa dirinya diancam, diugut dan dimanipulasikan.
Pada perkembangan yang sama, Hilman ketika ditanya wartawan mengakui ada berjumpa dengan Haziq di restoran tersebut tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut.
Beliau sekadar berkata perkara itu akan disiasat oleh pihak polis.
Azmin semalam menafikan dakwaan Haziq Aziz yang mengaitkannya dalam video seks dan berkata perkata itu adalah fitnah, komplot jahat untuk memusnahkan kerjaya politiknya.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menolak video berkenaan yang didakwanya sebagai dibuat-buat, dan berkata bahawa mereka di belakangnya mempunyai agenda politik. – Buletin TTKM-