(video) Doktor ‘mengamuk’ minta kerajaan naikkan yuran, ini alasan mereka…

PUTRAJAYA 13 Jun: Lebih kurang 800 pengamal perubatan am swasta (GP) kelmarin melepaskan rasa tidak puas hati kepada Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad meminta supaya yuran konsultasi mereka dinaikkan, yang menurut mereka berkadar sama sejak 27 tahun yang lalu.

Pada sesi townhall itu, mereka mendesak supaya yuran konsultasi doktor swasta yang kini sekitar RM10-RM35 dinaikkan setara dengan kadar RM35-RM125 seperti yang dikenakan oleh doktor di hospital, menurut laporan Free Malaysia Today.

“Kita study bagai nak gila masa tu, dan ini apa yang kita dapat? Tak boleh!” kata seorang doktor.

Manakala alasan lain yang diberikan untuk mewajarkan kenaikan tersebut adalah kerana kemenangan kerajaan Pakatan Harapan adalah kerana bantuan kempen dari pihak doktor.

“Sebab utama kemenangan Pakatan Harapan adalah kerana 95% doktor meminta pesakit mereka mengundi parti Pakatan Harapan” kata seorang doktor lagi.

“Apa kata yuran yang adil untuk konsultasi? Kami dibayar RM10. Saya bukan gatekeeper. Saya pengemis di pintu pagar anda… Lebih baik jadi pengemis lagi berbaloi! kata seorang doktor dengan sinis.

Tidak cukup dengan alasan-alasan itu, ada juga doktor yang berkata mereka dilayan seperti penjenayah bila meminta kenaikan yuran.

“Kami adalah doktor profesional. Kenapa kita dilayan seperti penjenayah?” keluh seorang doktor.

Adapula yang mengugut tidak akan mengundi Pakatan Harapan pada pilihanraya akan datang sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

“Tolong jangan kecewakan kami. Sebab kami mungkin akan tidak mengundi kamu lagi. Saya dari Kelantan, tapi saya mengundi anda (PH). Jadi pakatan harapan ini, satu harapan yang membuak dalam hati, akan selesaikan masalah kami ini. Tak perlu lagi bercakap” kata seorang doktor dari kelantan.

Dr Dzulkefly kemudian meyakinkan doktor-doktor itu bahawa beliau akan memperjuangkan kenaikan yuran konsultasi dan membentangkan laporan kepada Majlis Tindakan Kos SAra Hidup yang dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah.

“Pusingan seterusnya, akan ada kemenangan berhubung perkara ini” kata beliau kepada doktor-doktor tersebut.  – Buletin TTKM-

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.