Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Video seks: “Tak patut ada, kotor sangat!” , kata PM

3 min read

Kuala Lumpur, 13 Jun: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mempertahankan menterinya, Azmin Ali dalam isu video seks yang tular baru-baru ini dengan mengatakan beliau tidak mempercayai perkara tersebut adalah benar.

“Saya tidak percaya perkara ini benar.  Sekarang, anda boleh buat pelbagai gambar sekiranya kita pandai. Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu, dan ia akan jadi sangat lucu.” – Tun Dr Mahathir.

Menjawab soalan wartawan sekiranya beliau telah bertemu Azmin, Dr Mahathir berkata beiau ada berjumpa Azmin ketika mesyuarat kabinet seperti biasa.

“Ya jumpa (Azmin) dah macam biasa fasal hari ini kita ada (mesyuarat) kabinet. Dia (Azmin) hadir. Kamu percaya (video seks itu)? Takkanlah bodoh macam itu (nak percaya),” – Tun Dr Mahathir.

Perdana menteri paling tua di dunia itu turut yakin video seks itu dibuat oleh pihak yang mempunyai agenda politik.

“Ini dibuat-buat. (Video) ini dibuat oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda politik. Itu saja. Semua benda macam ini kotor lah. Kalau tak boleh lawan dengan orang jangan lah buat kerja macam itu,” – Tun Dr Mahathir

Beliau turut menggesa perkara tersebut tidak patut ada lagi diadakan dalam negara.

“Cara macam ini tak patut ada lagi dalam Malaysia. Kotor sangat lah.Kalau nak buat macam itu kalu setiap hari boleh tunjuk gambar lucah lah.(Jika) kamu kalah kamu nampak orang nak menang kamu tunjuk gambar lucah,” – Tun Dr Mahathir

Mahathir juga menyelar dakwaan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz yang membuat pengakuan mendakwa dirinya dan Azmin adalah lelaki dalam video tesebut.

“Budak ini (Haziq) yang mengaku ini disengajakan. Kalau tidak takkan dia nak mengaku.Biasanya orang yang (melakukan perkara) itu pun malu juga. Ini tak malu kata saya lah buat. Saya buat dengan menteri.Apa tujuan?” – Tun Dr Mahathir

Untuk rekod, pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir yang merupakan PM ke 4 ketika itu memecat timbalannya, Dato Seri Anwar dengan mendakwa Anwar seorang yang tidak bermoral dan pengamal homoseksual.

“Pada 1997, saya menerima sepucuk surat daripada seorang wanita bernama Ummi Hafilda. Kandungan surat tersebut mengusik hati kerana apa yang diperkatakan begitu spesifik dan terperinci mengenai dakwaan-dakwaan liwat terhadap Anwar.Saya kemudian mendapat tahu Ummi sebenarnya adik kepada setiausaha politik Anwar, Mohd Azmin Ali.

Saya mengaku walaupun begitu saya masih menganggap segala dakwaan tersebut tidak masuk di akal. Jika kandungannya mengenai hubungan Anwar dengan wanita, mungkin saya boleh mempercayainya, tetapi dalam hal ini macam mana pula seseorang yang begitu alim membabitkan diri dengan kegiatan-kegiatan homoseksual?

Payah bagi saya untuk mempercayai seorang dewasa berkedudukan tinggi dan seorang Muslim yang boleh dicontohi melakukan perkara yang didakwa itu.”

Saya turut menemuramah empat orang wanita yang memberitahu saya mereka dipujuk oleh seorang lelaki India bernama Nalla supaya pergi berjumpa dengan seseorang yang amat berkuasa.

Beliau dikatakan membawa wanita-wanita tersebut secara berasingan ke sebuah rumah di Bukit Kenny, sebuah kawasan eksklusif orang-orang kaya di Kuala Lumpur. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang mereka mengenali sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka disuruh menanggalkan pakaian dengan tujuan melakukan hubungan seks. Dua daripada mereka enggan melakukannya, tetapi yang dua orang lagi bersetuju. ” – Memoir  Tun Dr Mahathir

-Buletin TTKM-

Video Ehsan The Star: https://youtu.be/Ku1pe9c3aXk

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: