Video semburit: Polis tahan Haziq di KLIA, tidak diketahui dibawa ke mana.

PETALING JAYA: Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mendakwa dirinya dan Azmin Ali dalam video semburit yang tular beberapa hari lepas, telah ditahan polis.

Menurut laporan The Star, beliau ditahan pada jam 5.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa.

Peguamnya, Ramesh Sivakumar mengesahkan penahanan anak guamnya itu.

“Polis menelefon saya memberitahu Haziq berada di KLIA, tetapi apabila saya tiba lebih kurang jam 7.20pm, mereka memberitahu saya bahawa Bukit Aman telah membawanya. Bila kami tanya siapa yang menangkap beliau, mereka menjawab perkara ini berprofil tinggi dan enggan memberikan makluman lanjut. Jadi saya telah meminta mereka yang mengambil saya (sebagai peguam) untuk membuat laporan orang hilang kerana tiada maklumat diberikan” – Ramesh Sivakumar

Kata Ramash lagi, beliau kini sedang dalam perjalanan ke Bukit Aman untuk memastikan sama ada Haziq ada di sana.

“Kami perlu tahu di mana dia akan direman esok,” – Ramesh Sivakumar

Pada Rabu 12 Jun, Haziq menaikkan video di laman facebooknya mengesahkan bahawa beliau adalah lelaki dalam video semburit yang tular itu. Beliau juga mendakwa lelaki seorang lagi adalah Azmin Ali.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitannya dalam video semburit itu dan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan untuk memusnahkan karier politiknya.

Video semburit bahagian kedua yang lebih jelas pula disebarkan oleh pihak yang tidak dikenali pada malam Rabu.

Setiausaha sulit Azmin, Hilman Ilham kemudian membuat laporan polis dan qazaf.

Beberapa jam selepas itu, Haziq Aziz turut melakukan perkara yang sama. – Buletin TTKM-

 

1 Comment

  1. dah jai mcm tangkapan isa anwar thn 1998

Leave a Reply to Shahruzaman Mohd HashimCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.