Haziq, berbaju biru keluar dari IPD Dang Wangi. Gambar Malaysiakini.
Kuala Lumpur, 15 Jun: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku dirinya dalam video semburit dan mendakwa seorang lagi adalah Azmin Ali, telah dibebaskan sebentar tadi dari tahanan polis susulan penahanannya semalam.

Bercakap kepada media sebaik sahaja Haziq dibebaskan dari tahanan di balai polis Dang Wangi pada jam 5.45 petang tadi, Ramesh berkata anak guamnya itu tiada sebarang kekangan perjalanan.
“Pegawai penyiasat memberitahu saya Haziq tidak akan direman seperti yang kita jangkakan, tetapi beliau telah dibebaskan dibawah jaminan polis. Beliau boleh pergi kemana-mana sahaja tanpa sebarang kekangan tetapi jika mereka mahukan beliau kembali, maka beliau perlu kembali untuk kerjasama. ” – Ramesh
Pemuda berusia 27 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, sehari selepas mengaku dia merupakan individu dalam video semburit yang didakwa turut melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
Beliau disiasat di bawah empat seksyen, termasuk melibatkan tuduhan persetubuhan luar tabii dan menyebarkan bahan lucah.
Azmin menafikan dirinya adalah individu dalam video tersebut, sebaliknya menyifatkan tuduhan itu adalah fitnah jahat untuk memusnahkan karier politiknya.
Sementara itu, polis akan memanggil Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk diambil keterangan berhubung kes video semburit yang dikaitkan antara Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu bersama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, namun walau bagaimanapun beliau tidak memaklumkan tarikh Timbalan Presiden PKR itu akan dipanggil memberi keterangan, menurut laporan Utusan Online.
“Kita mengambil tindakan dengan semua pihak dipanggil untuk diambil keterangan mereka. Tindakan kita amat profesional dalam memberi keadilan kepada semua pihak. Pada masa ini, kita belum dapat petunjuk siapa benar atau siapa salah dan beri kita waktu untuk melengkapkan siasatan kes ini. Yakinlah yang polis akan jalankan tanggungjawab secara profesional,” – Datuk Seri Abdul Hamid Bado
Polis melakukan siasatan terhadap Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku terlibat dalam skandal video semburit baru-baru ini di bawah beberapa peruntukan undang-undang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Huzir Mohamed berkata, dua daripadanya membabitkan tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengedarkan bahan lucah di bawah Seksyen 292 kanun yang sama.
Haziq juga disiasat di bawah Sekysen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah Keamanan.
-Buletin TTKM-