Tue. Sep 17th, 2019

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

TPM hadir rumah terbuka MP Port Dickson.

2 min read

Foto Bernama.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) mencuba hidangan juadah laksa yang disediakan untuk orang ramai pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Port Dickson pada Sabtu. – Foto BERNAMA
PORT DICKSON 16 Jun: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Sabtu, menurut laporan Bernama.

Majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin dan perwakilan asing.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, barisan Exco kerajaan negeri dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Majlis yang diadakan di tapak bersebelahan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson yang berlangsung dari 7.45 hingga 11 malam itu, dihadiri lebih 5,000 pengunjung.

Dr Wan Azizah dan Anwar turut beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal tempatan antaranya Datuk M. Nasir, Hail Amir, Uji Rashid, Ramlah Ram, Black dan Syamel.

Untuk makluman, Dr Wan Azizah adalah isteri kepada Anwar.
Anwar disebut-sebut sebagai bakal perdana menteri ke-8.
Pada 2017, dalam satu program Al Jazeera, Dr Wan Azizah berkata beliau tidak kisah menjadi  pemanas kerusi untuk suaminya .
Walau bagaimanapun, setahun selepas itu sebelum PRU ke 14, Wan Azizah menafikan pula  beliau adalah pemanas kerusi untuk Anwar.
https://www.youtube.com/watch?v=TWVMOYT6baM
-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © All rights reserved. Newsphere by AF themes.
RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: