Koleksi tweet Anwar Ibrahim tag Haziq Aziz seawal 2011

Twitter 17 Jun: Selepas Buletin TTKM mendedahkan siri ciapan oleh Azmin Ali dan Rafizi Ramli yang men’tag’ Haziq Aziz, kali ini kami mendapati presiden PKR, Anwar Ibrahim turut melakukan ciapan dengan menaikkan nama Haziq seawal tahun 2011.

BACA:

Koleksi tweet Azmin tag Haziq

Perkara ini sekaligus membuktikan Haziq merupakan individu yang rapat dengan  pemimpin PKR tersebut, bertentangan dengan dakwaan bahawa hanya mengenali dari jauh.

Buletin TTKM mendapati keseluruhan terdapat 22 ciapan Anwar Ibrahim yang menyebut nama Haziq.

Pada 16 Julai 2011, Dato Seri Anwar berkata beliau kagum keberanian Haziq sebagai menjawab ciapan Haziq yang mengucapkan terima kasih kerana hadir ke Kuching.

1.JPG

Sumber : https://twitter.com/anwaribrahim/status/92267943047606272

Selepas itu, Haziq mengajak Anwar untuk ke gym keesokannya, tetapi Anwar menjawab beliau tidak terangkat (peralatan gym tersebut barangkali) dan akan menuju ke Tawau pada waktu pagi.

2.JPG

Pada 24 September 2011, Anwar menjawab “Insyaallah’  menjawab ciapan Haziq yang berkata ‘esok jumpa di rumah terbuka PKR pula dato seri.

3.JPG

Sumber : https://twitter.com/anwaribrahim/status/117769004470370305

Pada 4 Februari 2014, Anwar menaikkan status ciapan Haziq yang berkempen untuk beliau sewaktu PRK Kajang.

4.JPG

PAda 17 Februari 2012, Anwar menjawab “banyak sekatan! Maju terus” kepada ciapan Haziq berhubung Anwar menaiki motosikal menggempur parlimen Pekan.

5.JPG

Berikut merupakan ciapan-ciapan lain Anwar yang retweet atau men’tag’ Haziq:

Semalam, Anwar berkata PKR tidak akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Pemuda Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz, berhubung pengakuannya terbabit dalam video semburit  sehingga siasatan polis selesai.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau sedar terdapat beberapa keperluan untuk parti itu membuka siasatan terhadap Haziq dan dakwaan mereka yang membocorkan data pemimpin serta ahli parti.

“Kami menolak politik kotor tetapi saya tidak akan menghukumnya (Haziq) sebelum polis menyelesaikan siasatan mereka,“ – Anwar Ibrahim.

Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip menteri kanan tular di media sosial.

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang di sebalik video semburit tersebut.

Haziq juga merupakan presiden Mahasiswa Keadilan yang pertama dimana mentornya ketika itu adalah Rafizi Ramli.

Kes video semburit ini telah menyebabkan PKR ditroll netizen sebagai parti kunyit rabak. – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.