Koleksi tweet Rafizi Ramli tag Haziq seawal 2011

Twitter 17 June: Semalam Buletin TTKM menerbitkan artikel mengenai koleksi ciapan Azmin Ali yang men’tag’ Haziq Aziz di akaun twitter beliau, seawal 2012 bagi menjawab kenyataan beliau yang mendakwa mengenali Haziq hanya dari jauh.

BACA: Koleksi tweet Azmin tag Haziq 

Kali ini kami meneliti pula akaun twitter Rafizi Ramli.

Sebelum itu, Rafizi mendakwa Haziq tidak pernah bersama beliau dan sepanjang masa rapat dengan orang lain.

“Saya maklumkan kepada wartawan saya langsung tidak mahu terlibat kerana ia sangat memualkan. Ia menyebabkan rakyat benci kepada ahli politik dan KEADILAN kini terpalit sama. Sebab itu saya langsung tidak mahu komen pun. Lagi pun faktanya jelas: Si penuduh, Sdr Haziq tidak pernah bersama saya. Beliau sepanjang masa rapat dengan orang lain..” – Rafizi Ramli.

Hasil penelitian Buletin TTKM, kami mendapati Rafizi men’tag’ Haziq pada ciapannya seawal tahun 2011 bagi menyangkal dakwaan beliau.  Ketika itu beliau meminta Haziq supaya standby di Kuching, Sarawak pada 10 Mac 2011.

1.JPG

Sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/45859669167718401

Seterusnya 9 hari selepas itu, 19 Mac 2011, Rafizi memberitahu Haziq mengenai rancangan beliau untuk ke Sarawak secepat mungkin. Beliau kemudian men’tag’ Haziq dan bertanya sama ada Haziq ada di Sarawak ketika itu.

2.JPG

Sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/49091598365114368

Pada 3 April 2011 5:55 AM , Rafizi kemudian men’tag’ Haziq sekali lagi pada ciapannya memberitahu ketibaan beliau di Kuching Sarawak pada hari berikutnya pada jam 10 pagi dan memberitahu Haziq untuk mula bergerak pada hari Selasa.

(Untuk rekod, ketika itu adalah pilihanraya negeri Sarawak dan Rafizi Ramli berkemungkinan mendapatkan pertolongan Haziq untuk membantu jentera pilihanraya PKR)

3.JPG

sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/54527524788649987

Beberapa minit selepas itu, pada jam 6.02 am, Rafizi Ramli memberitahu Haziq sekali lagi bahawa kerja kempen akan dimulakan pada hari Selasa kerana pada Isnin beliau mahu menyelesaikan beberapa perkara di bilik gerakan utama. Beliau mengakhiri ciapan tersebut dengan smiley.

5.JPG

sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/54529130926059520

Pada 15 April 2011, Rafizi Ramli men’tag’ Haziq mengenai bantuan yang beliau berikan untuk menghidupkan kereta.

7.JPG

sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/59147662091489280

Ciapan paling menarik perhatian adalah pada 17 September 2012, dimana Haziq menjadi pemandu Rafizi. Mereka sesat di Bagan Datoh ketika itu kerana menurut Rafizi, Haziq  makan keropok sayur sangat banyak sambil memandu.

9.JPG

sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/247676547031498752

Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip menteri kanan tular di media sosial.

Sehari selepas itu, Haziq tampil dengan video pengakuan sumpahnya mendakwa beliau dan Azmin adalah sosok dalam video semburit tersebut.

Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.

BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.

Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin

Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq akan disiasat mengikut empat kesalahan iaitu Seksyen 292, Seksyen 504, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang di sebalik video semburit tersebut.

– Buletin TTKM –

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.