Twitter 17 June: Semalam Buletin TTKM menerbitkan artikel mengenai koleksi ciapan Azmin Ali yang men’tag’ Haziq Aziz di akaun twitter beliau, seawal 2012 bagi menjawab kenyataan beliau yang mendakwa mengenali Haziq hanya dari jauh.
BACA: Koleksi tweet Azmin tag Haziq
Kali ini kami meneliti pula akaun twitter Rafizi Ramli.
Sebelum itu, Rafizi mendakwa Haziq tidak pernah bersama beliau dan sepanjang masa rapat dengan orang lain.
“Saya maklumkan kepada wartawan saya langsung tidak mahu terlibat kerana ia sangat memualkan. Ia menyebabkan rakyat benci kepada ahli politik dan KEADILAN kini terpalit sama. Sebab itu saya langsung tidak mahu komen pun. Lagi pun faktanya jelas: Si penuduh, Sdr Haziq tidak pernah bersama saya. Beliau sepanjang masa rapat dengan orang lain..” – Rafizi Ramli.
Hasil penelitian Buletin TTKM, kami mendapati Rafizi men’tag’ Haziq pada ciapannya seawal tahun 2011 bagi menyangkal dakwaan beliau. Ketika itu beliau meminta Haziq supaya standby di Kuching, Sarawak pada 10 Mac 2011.
Sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/45859669167718401
Seterusnya 9 hari selepas itu, 19 Mac 2011, Rafizi memberitahu Haziq mengenai rancangan beliau untuk ke Sarawak secepat mungkin. Beliau kemudian men’tag’ Haziq dan bertanya sama ada Haziq ada di Sarawak ketika itu.
Sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/49091598365114368
Pada 3 April 2011 5:55 AM , Rafizi kemudian men’tag’ Haziq sekali lagi pada ciapannya memberitahu ketibaan beliau di Kuching Sarawak pada hari berikutnya pada jam 10 pagi dan memberitahu Haziq untuk mula bergerak pada hari Selasa.
(Untuk rekod, ketika itu adalah pilihanraya negeri Sarawak dan Rafizi Ramli berkemungkinan mendapatkan pertolongan Haziq untuk membantu jentera pilihanraya PKR)
sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/54527524788649987
@HaziqAbdAziz Dik, esok abg sampai Kuching 10 pg. Terus ke grand con utk pengumuman calon. Hari selasa kita mula bergerak
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) April 3, 2011
Beberapa minit selepas itu, pada jam 6.02 am, Rafizi Ramli memberitahu Haziq sekali lagi bahawa kerja kempen akan dimulakan pada hari Selasa kerana pada Isnin beliau mahu menyelesaikan beberapa perkara di bilik gerakan utama. Beliau mengakhiri ciapan tersebut dengan smiley.
sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/54529130926059520
Pada 15 April 2011, Rafizi Ramli men’tag’ Haziq mengenai bantuan yang beliau berikan untuk menghidupkan kereta.
sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/59147662091489280
Ciapan paling menarik perhatian adalah pada 17 September 2012, dimana Haziq menjadi pemandu Rafizi. Mereka sesat di Bagan Datoh ketika itu kerana menurut Rafizi, Haziq makan keropok sayur sangat banyak sambil memandu.
sumber : https://twitter.com/rafiziramli/status/247676547031498752
Pada selasa lepas, beberapa siri video semburit mirip menteri kanan tular di media sosial.
Haziq turut mendakwa ‘aksi’ bersama menteri terbabit berlaku sebanyak 4 kali sejak tiga tahun lalu.
BACA : Haziq dakwa lakukan ‘aksi’ dengan menteri empat kali di lokasi berlainan.
Walau bagaimanapun, Azmin menafikan kaitan dengan video itu dengan mendakwa ia adalah komplot fitnah jahat yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.
BACA : Video seks komplot jahat, kejam, fitnah untuk musnahkan karier politik saya, kata Azmin
Haziq ditahan polis kelmarin ketika hendak berlepas ke Manila di KLIA tetapi dibebaskan dengan jaminan polis sehari selepas itu.
Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang di sebalik video semburit tersebut.
– Buletin TTKM –
@HaziqAbdAziz Hari selasa kita dh boleh start :-). Isnin let me iron out certain things with d team dkt blik gerakan utama 🙂
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) April 3, 2011